Wednesday, April 2, 2008

Claim insurans : susah sangat ke ?

maaf la ye sedara.........mcm best plak komentar2 dari sedara n beberapa ahli forum kambing....just nak tanya la kat sedara.......katakan kita da amik insuran ni la kan....kalo da mati berapa lama masa yg di amik utk kita dapatkan duit kita semula, berapa banyak soalan yang akan ditanya sebelum duit tu keluar, berapa kali kita kena jumpa ejen or kene pergi pejabat insurans bila nak kuarkan duit kita yg sememmangnya hak kita (as pelabur), n berapa banyak karenah org kat pejabat insurans yg kita perlu hadapi n berapa banyak borang atau kertas salinan @ mcm2 document yg diperlukan untuk mengeluarkan duit yg sememangnya hak org/pelabur.........sebab yang kita tahu @ sy tahu semua ejen insurans ni manis lidah dari mulut bila bercerita pasal kebaikan insurans untuk menambat hati pelanggan........sanggup datang berjumpa walau dimana sekalipun.........x kira siang or malam malah ader yg siap paksa2 n ader yg bg warning yg mcm rezeki ni bila apapa berlaku hanya insurans yg boleh menolong........ingatlah ALLAH itulah penolong n penyelamat yg sebenar........heheheee.......tapi bila da dapat aper yg mereka nak....duit pelabur insurans..........mereka akan lepas tangan........n akhirnya pelanggan tu sendiri yg kena urus segalanya setelah ejen2 ni sedap makan duit komisen.......ini berdasarkan pengalaman member sy yg sudah terkena dengan member baik sendiri yg menjadi ejen insurans.............huhuhu.....so nilaikan sendiri.........ini pandangan peribadi saya.k,tq

Soalan sebegini adalah soalan yang kerap ditanya, terutamanya dari golongan mereka yang agak skeptikal dengan khidmat insurans dan saya harap saudara ikhlas bertanya. Berikut ialah jawapan untuk persoalan saudara

1) Saya selalu tekankan kepada client saya, BACA polisi yang diberi. Jika tak puas hati, boleh kembalikan polisi dalam masa 14 hari pertama tapi client buat dek… Ini memaksa saya highligt dengan pen dalam polisi malah sediakan 1 ringkasan polisi pada bahagian yang penting terutamanya had dan batasan (hak antara client dan syarikat) serta cara – cara nak buat tuntutan. Ini penting kerana itu adalah objektif utamanya memiliki insurans iaitu untuk dilindungi, jadi selepas dilindungi mesti tahu cara nak buat tuntutan…

Pertama sekali, SEMUA proses tuntutan mesti mengikut prosedur. Kami sendiri para consultant pun bila nak claim kena isi borang yang sama, kena sediakan dokumen yang sama, just like yours… Tak ada keistimewaan pun. Sebab semua tuntutan kena melalui proses filing yang sama. You consultant ke, you anak raja ke, syarikat tak kenal… Semuanya kena dibuktikan. Ada bukti, ada kes. Ada kes, ada peristiwa (malang). Ada peristiwa, boleh buat tuntutan. Tetapi semuanya mesti di dalam time frame tertentu.

Saya nak tekankan, time frame buat tuntutan, had tuntutan, batasan, halangan, dokumen sokongan atau apa sahaja ni semuanya dinyatakan di dalam polisi !! Jadi bila tuntutan dibuat tidak mengikut prosedur, apabila tidak disertakan dengan dokumen yang lengkap, itu yang menyebabkan tuntutan lewat.

Anda harus faham bahawa Bank Negara menetapkan semua tuntutan insurans mesti dibayar dalam masa 1 ke 2 bulan selepas dokumen lengkap diserahkan. Jika lewat, client boleh buat laporan ke Bank Negara dan syarikat insurans akan didenda 4 % setahun dan ia dkira mengikut kadar harian !!

Kesimpulannya syarikat rugi jika melewatkan pembayaran tuntutan. Tak ada sebab syarikat insurans nak menafikan hak client kerana kami berurusniaga atas garisan undang – undang. Insurans terikat dengan Akta Insurans 1996. Bank Negara pantau perjalanan syarikat insurans. Bank Negara ambil berat pada aduan client.

Satu perkara yang orang selalu tak faham ialah, proses tuntutan diuruskan oleh Bahagian Khidmat Pelanggan (customer service) dan bukannya consultant, apatah lagi jurujual insurans ! TETAPI, consultant rapat dengan client kerana kami follow up client sekurang – kurangnya 4 tahun. Dalam tempoh tu biasanya consultant dah jadi kawan atau sekurang – kurangnya selalu berhubung bertanya khabar. Bila client sakit, consultant adalah 10 orang pertama yang akan ditelefon oleh client !

Consultant ni prihatin. Bila client buat claim, consultant selalunya jadi tukang sibuk kat office tanya itu tanya ini kat department claim sedangkan itu di luar bidang tugas kami … Kami hanya membantu… Jadi saya harap penerangan saya jelas tentang salah faham consultant vs claim yang saudara bangkitkan.

Izinkan saya menambah, Saya berpendapat, jika anda membeli insurans dari jurujual insurans pun, sebenarnya tak ada masalah dari segi nak buat tuntutan ni kerana anda akan berurusan terus dengan syarikat apabila membuat tuntutan. Masalahnya cuma jurujual tidak menilai risiko anda, jurujual tidak menerangkan had, batasan atau kelemahan insurans yang anda miliki, jurujual tidak peduli samada anda telah mempunyai insurans dari syarikat lain atau tidak dan sebagainya lagi… Matlamat jurujual insurans cuma satu, pujuk anda beli insurans, selepas dapat duit dari anda, urusan antara anda dia dia tamat !

Kadang – kadang tu kesian sebab client tak dapat polisi lagi pun dia dah lenyap. Lebih malang ditipunya pula ! Duit lesap, perlindungan insurans pun tak dapat. Jadi mereka inilah yang membusukkan nama industri insurans. Kes – kes penipuan ini menjadikan saya kurang selesa jika menerima wang tunai dari anda. Saya lebih suka anda menggunakan kemudahan bukan tunai seperti cek atas nama MAA BERHAD atau MAA TAKAFUL BERHAD, arahan bank atau kad kredit tanpa transaksi tunai melalui saya. Ini dapat meningkatkan kepercayaan dan keyakinan untuk berurusan dengan saya.

2) Menjawab soalan saudara tentang berapa banyak soalan akan ditanya, hehe.. Ini bukan sessi soal siasat macam polis soal suspect.. Hehe.. Maaf gurau..

Berbalik kepada jawapan saya di atas tadi, setiap tuntutan ada borang dan dokumen sokongan yang perlu disertakan. Kena tengok juga jenis tuntutan yang macam mana. Kalau mati kemalangan, laporan post mortem diperlukan bersama sijil kematian. Perlu ditegaskan. post mortem dilakukan atas arahan polis dan BUKANNYA sebab nak buat tuntutan insurans.

Dalam hal membuat tuntutan, syarikat insurans berhak mempertikaikan tuntutan dalam tempoh 2 tahun pertama polisi (Artikel 2 Islam vs Insurans : insurans tidak boleh membuat keuntungan kepada waris atau yang dinsuranskan) jika dirasakan adanya keraguan di dalam tuntutan. Keraguan ini boleh timbul dari berbagai segi khasnya yang boleh membuat keuntungan kepada waris atau yang diunsuranskan atau penipuan pengishtiharan (Seksyen 149 (4)Akta Insurans 1996).

Dengan itu adalah menjadi tanggungjawab anda untuk menyediakan semua bukti yang menyokong proses tuntutan tersebut. Sebahagian besarnya telah dinyatakan di dalam polisi pun…

Sebab itu client yang mengambil medical card dari saya, saya minta beliau laburkan lagi RM 50 untuk menjalani general medical chek-up. Tujuannya untuk mengelakkan keraguan kalau – kalau selepas tempoh bertenang 120 hari, client jatuh sakit dan beliau boleh buat tuntutan kerana adanya dokumen sokongan untuk membuktikan tiadanya keraguan (kerana dalam kes medical card, penyakit sedia ada tidak akan dilindungi. Jadi general medical check-up yang dibuat adalah untuk membuktikan yang beliau 100 % sihat semasa memohon)

Jika syarikat insurans dapat membuktikan yang anda menyorok fakta atau menipu ketika pengistiharan, kontrak insurans anda akan terbatal. Segalanya jelas di dalam Seksyen 149 (4)Akta Insurans 1996.

3) Tentang pengeluaran simpanan, saya rasa anda salah faham dengan insurans dulu – dulu (traditional life policy) yang memang betul ada banyak karenah. Insurans sekarang jenis Investment-Linked Insurance (rujuk Artikel Islam vs Insurans) dimana setiap pengeluaran simpanan insurans dianggap penjualan semula unit saham amanah anda kepada syarikat insurans.

Tempoh bergantung kepada jenis insurans yang anda ambil. Contohnya insurans jenis pelaburan (investment) hanya perlu isi borang pengeluaran dan selepas 7 hari bekerja, cek akan dikeluarkan. Mudah saja. Takde banyak kerenah pun… (MAA sahaja, syarikat lain saya tak tahu) Pun begitu kelewatan pos menghantar cek kepada anda atau kelewatan bank memproses cek anda adalah di luar kawalan dan di luar time frame 7 hari bekerja tadi.

4) Izinkan saya ‘betulkan’ pemahaman anda tentang konsep Tawakal.

Bismillahirrahmanirrahim,
Segala apa yang baik datangnya dari Allah, sebaliknya adalah dari diri saya sendiri sebagai insan yang lemah.

Memang benar setiap apa yang berlaku (rezeki mahupun musibah) ini datangnya daripada Allah SWT. Tetapi dalam menangani musibah, Allah tidak menyuruh kita berdoa dan kemudiannya berdiam diri tanpa membuat apa – apa. Itu adalah konsep tawakal yang salah. Tawakal adalah usaha bersungguh2 yang diiringi doa dan kemudiannya kita berserah kepada Allah. Apa sahaja hasil daripada usaha kita tadi samada berjaya atau tidak, kita redha. Jika berjaya, itu rezeki kita. Jika tidak berjaya, itu bukan rezeki kita. Nah saya dah bawakan anda 3 konsep iaitu tawakal [1], redha dan rezeki.

Adakah saudara berpendirian yang jika sakit, berdoa aje TANPA perlu buat apa – apa ? Kalau sembuh, sembuhlah… Kalau tak sembuh, biarlah.. Minta aje kat tuhan, nanti kalau tuhan nak bagi baik, baiklah. Kalau tuhan tak bagi sembuh lagi, tak palah… Tanggung ajelah sakit ni kan…..

Jika itu adalah pendirian saudara, malang sekali konsep tawakal yang saudara pegang amat salah. Jika sakit, saudara perlu ke klinik (sakit ringan) atau hospital (sakit berat) sebagai USAHA untuk sembuhkan penyakit tersebut… Setuju ?
Jika sakit ringan, ya saudara juga ringan menangungnya. Ringan dari segi menanggung sakit, ringan dari segi membayar kos ubat. Sebaliknya jika sakit saudara sakit berat, saudara juga ikut berat menanggung sakit dan menanggung kos perubatan. Lalu apa lagi USAHA saudara untuk menanggung kos perubatan ribuan malah ratusan ringgit itu ? (maaf, terikut – ikut gaya bahasa penulisan Indonesia)

Ya ampun.. Meminjam daripada siapa dalam keadaan gawat gini ? Kenalan ? Ya bagus jika mereka punya uang puluhan ribu. Harus aja rumah ini dilelong tapi dimana pula tempat tinggal saudara dan keluarga di kayak genting ini ?

Statistik, teori kewangan dan pengalaman membuktikan bahawa kita tidak boleh menjual rumah atau kereta untuk menanggung kos perubatan. Kita juga tidak mampu menjual atau menggadai barang kemas apatah lagi meminjam dari sesiapa pun untuk menanggung kos perubatan. Setuju ? (melainkan anda ada empayar perniagaan yang hari – hari PASTI ada orang beli hehe, contohnya pengendali perkhidmatan bekalan air, bekalan elektrik ke… hari – hari ada orang guna air dan elektrik ape…)

Lalu apa USAHA anda ? Saya yakin hanya insurans yang dapat membantu iaitu kita buat persediaan sebelum sakit, lumpuh atau meninggal dunia. Insurans ni satu pakatan tolong menolong tak kira apa jua bangsa dan agama. Duit semua orang ini dikumpulkan dalam satu tabung dan digunakan apabila ada ahli yang ditimpa musibah. Sebab itu wang pampasan anda yangberkali – kali ganda boleh disediakan walaupun baru sebulan mencarum. Jika saudara ada cara lain, mohon beritahu saya supaya sama – sama kita dapat manfaatkannya.

Berbalik kepada usaha ke hospital atau klinik tadi. Harus diingat bukan ubat yang dimakan atau doktor Richard, doktor Anis atau doktor Bala yang menyembuhkan ! Semuanya dengan izin Allah. Ada orang sekali makan ubat aje, Allah dah IZINKAN untuk sembuh untuk dia meneruskan aktivitinya sebagai khalifah. Ada orang, bertahun – tahun sakit pun belum juga diizinkan sembuh..

Dan YA, BETUL minum air Yassin juga satu usaha (disebut dalam Quran pula tu) dan jika sembuh bukan air itu yang mujarab tapi sembuh dengan izin Allah. Malangnya masyarakat dimomokkan yang si polan2 buat air jampi boleh sembuhkan penyakit lalu berpusu2 orang datang, percaya @ berharap air jampi si polan dapat menyembuhkan penyakit ! Bahaya betul akidah masyarakat. Sedangkan sebenarnya kalau nak buat air Yassin, baca sendiri pun boleh malah lagi baik. Tetapi air bacaan seorang (iman pun tak berapa baik pulak tu) dengan air bacaan Yassin 40 orang yang tinggi imannya berbeza…

Saya harap saya telah menjawab semua persoalan saudara. Mohon maaf jika saya terkasar bahasa. Saya berpendapat, dalam menyampaikan ilmu yang benar, kadangkala kita perlu sedikit keras (tamparan minda) terutama bila berhadapan dengan orang yang skeptikal dan konvensional untuk memaksa mereka merendahkan sedikit ego, supaya mereka dapat diajak berfikir dan melihat dari dimensi dan persepsi yang lebih luas.

Suka saya minta saudara pejamkan mata seketika untuk membayangkan betapa susahnya Nabi Muhammad SAW berdakwah kepada jahiliah untuk menyembah Allah yang tidak nampak di mata sedangkan mereka telah sebati menyembah tuhan yang wujud di depan mata….… Begitu juga susahnya saya nak sebarkan kepada masyarakat betapa insurans dapat memampas kerugian yang dialami dan membantu mereka di kala susah. Apatah lagi dengan latar belakang traditional life policy yang hanya tinggal sejarah dan karenah agen insurans yang hanya mengejar komisen dan tidak berminat untuk membantu client…

"PERLINDUNGAN BENCANA KEWANGAN"

Ahmad Nazri Zakariya (012 – 554 2058 \ z_ashraff@yahoo.com)
Consultant MAA Takaful Investment Link
Tekad Smart Planning Sdn. Bhd. (538317-K)
A corporate agency with MAA Assurance Berhad & MAA Takaful Berhad

[1] Hadis Muslim : “tambatlah unta itu terlebih dahulu, kemudian kamu bertawakal” Maksudnya tambat itu satu usaha supaya unta tidak berjalan – jalan menjauhi tuannya sambil meragut pucuk pohon lalu sesat. Selepas tambat unta tu, pergilah kita buat urusan kita. Dizaman tu mungkin dia tambat unta dan pergi sembahyang jemaah di masjid..Tambat pula janganlah zalim tambat di tengah panas. Carilah pohon untuk dia berteduh. Maksudnya usaha yang kita buat tu jangan sampai menyalahi akidah, prinsip atau undang2. Jika unta hilang juga (dicuri), maka redha kerana kita dah usaha.

No comments: