Wednesday, April 2, 2008

Dana Pendidikan Anak : 5 kesalahan ibu bapa

5 KESALAHAN YANG KERAP DILAKUKAN DALAM MERANCANG TABUNG PENDIDIKAN ANAK ANDA

Menghantar anak tersayang melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi
(IPT) merupakan impian setiap ibubapa. Hampir semua ibubapa
beranggapan, masa depan anaknya akan menjadi lebih cerah apabila dia memiliki
segulung ijazah atau diploma.

Untuk mencapai impian tersebut, tidak ramai yang tahu apa yang mereka perlu
lakukan dan kerap-kali berlaku kesilapan di dalam perancangan khasnya masalah kewangan.

Berikut saya kongsikan beberapa kesalahan yang kerap dilakukan oleh masyarakat
di dalam merancang tabung pendidikan IPT anak mereka.

1) Tidak Menyimpan Untuk Keperluan Anak

Mempunyai impian sahaha tidak cukup tanpa perancangan yang jelas dan tindakan yang efektif. Ramai ibubapa tidak berusaha untuk menyimpan sebahagian dari hasil pendapatan mereka untuk pendidikan IPT anak mereka kelak. Sebaliknya, mereka lebih mengharapkan bantuan kerajaan atau pinjaman pendidikan bagi menrealisasikan impian tersebut. (Tidak keterlaluan jika dikatakan pinjaman pendidikan ibu bapa itu sendiri punmasih belum dijelaskan sepenuhnya…)

Apabila mereka gagal mendapatkan bantuan kerajaan atau pinjaman pendidikan,
mereka mula menyalahkan pelbagai pihak atas kegagalan anak mereka
melanjutkan pelajaran di IPT dengan membangkit pelbagai isu seperti siapa lebih layak terima bantuan kewangan, isu perkauman, dasar kerajaan lemah dan sebagainya.

2) Tidak Menyimpan Pada Kadar Yang Betul

Ini merupakan satu kesilapan yang say kir agak lelucon. Apabila ibu bapa menyimpan untuk pendidikan IPT anak, mereka sekadar menyimpan serendah yang
boleh, bagaikan melepaskan batuk ditangga, ‘asal simpan sudah, tanggungjawab aku selesai’, konon….

Saya kata lelucon kerana ada yang menyimpan RM 50 sebulan, RM 30 sebulan malahan ada yang RM 10 sebulan pun ada ! Sedangkan kos pendidikan IPT berpuluh ribu. Bukan niat saya untuk merendah-rendahkan anda, tetapi pernahkah anda terfikir, berapa banyakkan simpanan yang anda ada 18 tahun kemudian ?

Katakan anak anda berumur 2 tahun dan anda sekadar menyimpan RM 20 sebulan.
Selepas 16 tahun, simpanan anda baru mencecah RM 3,840 sahaja. Dengan duit sebanyak ini, IPT manakah yang boleh menyediakan kemudahan pendidikan yang
berkualiti kepada anak anda ?

3) Tidak Mahu Terima Hakikat Kehidupan

Kenaikan kos pendidikan IPT dari tahun ke tahun memang tidak dapat dielakkan.
Kos pendidikan di IPT awam sebanyak RM 24,390 hari ini akan menjangkau RM
50,731 15 tahun akan datang yang saya kira berdasarkan kadar inflasi 5% setahun…. Untuk mencapai impian tersebut, anda perlu menyimpan sekurang-kurangnya RM 170 – RM 200 sebulan. Mahal ? Memang itulah alasan yang kerap saya terima di dalam kerjaya saya apabila mencadangkan nilai ideal untuk plan pendidikan anak mereka.

Ramai menyalahkan saya yang pelan pendidikan saya mahal ! Tak kurang juga yang membandingkan pelan yang saya tawarkan dengan pelan lain, PTPTN misalnya … Apa yang mereka terlepas pandang ialah BUKAN pelan pendidikan saya yang mahal tapi kos pendidikan IPT pada masa akan datang yang mahal. Dalam erti kata
lain, keperluan hidup anda yang mahal sebenarnya ! Saya cuma dengan ikhlas ingin membantu anda memenuhi impian untuk membiayai pendidikan anak anda yang tersayang… Saya cuma tolong ‘mengira’ untuk anda … Itu sahaja

Jadi, anda perlu terima hakikat hidup - jika anda tidak menyimpan pada kadar
yang sepatutnya, sudah pasti anda tidak akan dapat menampung kos pendidikan anak anda nanti.

Saya menggesa anda untuk menjadi Melayu ‘baru’. Buang sikap mengharapkan subsidi kerajaan. Berapa lama kerajaan boleh beri subsidi. Lebih tepat berapa banyak kerajaan boleh beri subsidi ? Jangan tempah hutang untuk generasi anak anda. Anda telah merasakan tekanan dibelengu hutang.. (rumah, kereta, kad kredit, pendidikan pengajian tinggi anda dll). Oleh itu cubalah sebaik mungkin untuk mengelakkan anak anda juga hidup dalam belengu hutang.

4) Tidak Mengambil Kira Risiko Kehidupan

Kita tidak tahu apa yang akan berlaku pada esok hari. Rancangan memang ada, minggu depan nak balik kampung, hujung tahun ni nak bercuti ke Langkawi, tahun depan nak menunaikan umrah etc… Tapi pasti ke ???

Sepanjang tempoh simpanan, kehidupan anda dan anak anda terdedah kepada pelbagai risiko kewangan yang boleh menyebabkan : -

· Caruman simpanan anda terhenti akibat anda atau anak anda ditimpa penyakit kritikal, lumpuh atau meninggal dunia.
· Simpanan sudah berjaya dikumpul malangnya terpaksa dibelanjakan bagi menampung kos anda atau anak anda yang ditimpa penyakit kritikal atau lumpuh.

Apabila membuat simpanan pendidikan anak anda, ramai ibubapa terlupa mengambil kira faktor risiko kehidupan di atas. Mereka tidak sedar, mereka perlu memiliki suatu “perlindungan kewangan” bagi menjamin tabung pendidikan anak itu tetap tersedia, walau apa musibah yang melanda. Bagi menyediakan perlindungan kewangan ini, hanya satu produk kewangan yang berupaya memberi faedah sebegitu rupa, iaitu insurans.




5 – Tidak Mendapatkan Khidmat Professional

Sekiranya anda tidak memiliki pengetahuan mendalam tentang produk-produk
kewangan yang terdapat di pasaran, anda mungkin akan menjadi keliru apabila
membuat perbandingan produk.

Bukan sahaja maklumat yang diberikan di dalam risalah tidak lengkap, malahan
mungkin ada syarat-syarat tertentu yang anda tidak sedari, melainkan anda bertanya lebih lanjut.

Sebagai alternatif, anda boleh mendapatkan khidmat nasihat professional di dalam
merancang tabung pendidikan IPT anak anda. Dengan bantuan professional, anda akan dapat mengelakkan 4 kesalahan di atas dan dapat memilih produk kewangan yang sesuai dengan keperluan dan keadaan kewangan anda.

Sekiranya anda mempunyai sebarang kemusykilan mengenai perancangan pendidikan, anda boleh mengemukakan pertanyaan anda kepada saya di z_ashraff@yahoo.com

Terus terang saya juga tidak pandai serba serbi tapi sekurang – kurangnya saya mempunyai akses untuk mendapatkan jawapan kepada persoalan anda.


"PERLINDUNGAN BENCANA KEWANGAN"

Ahmad Nazri Zakariya (012 – 554 2058 \ z_ashraff@yahoo.com)
Consultant MAA Takaful Investment Link
Tekad Smart Planning Sdn. Bhd. (538317-K)
A corporate agency with MAA Assurance Berhad & MAA Takaful Berhad

No comments: