Wednesday, April 2, 2008

Claim insurans : susah sangat ke ?

maaf la ye sedara.........mcm best plak komentar2 dari sedara n beberapa ahli forum kambing....just nak tanya la kat sedara.......katakan kita da amik insuran ni la kan....kalo da mati berapa lama masa yg di amik utk kita dapatkan duit kita semula, berapa banyak soalan yang akan ditanya sebelum duit tu keluar, berapa kali kita kena jumpa ejen or kene pergi pejabat insurans bila nak kuarkan duit kita yg sememmangnya hak kita (as pelabur), n berapa banyak karenah org kat pejabat insurans yg kita perlu hadapi n berapa banyak borang atau kertas salinan @ mcm2 document yg diperlukan untuk mengeluarkan duit yg sememangnya hak org/pelabur.........sebab yang kita tahu @ sy tahu semua ejen insurans ni manis lidah dari mulut bila bercerita pasal kebaikan insurans untuk menambat hati pelanggan........sanggup datang berjumpa walau dimana sekalipun.........x kira siang or malam malah ader yg siap paksa2 n ader yg bg warning yg mcm rezeki ni bila apapa berlaku hanya insurans yg boleh menolong........ingatlah ALLAH itulah penolong n penyelamat yg sebenar........heheheee.......tapi bila da dapat aper yg mereka nak....duit pelabur insurans..........mereka akan lepas tangan........n akhirnya pelanggan tu sendiri yg kena urus segalanya setelah ejen2 ni sedap makan duit komisen.......ini berdasarkan pengalaman member sy yg sudah terkena dengan member baik sendiri yg menjadi ejen insurans.............huhuhu.....so nilaikan sendiri.........ini pandangan peribadi saya.k,tq

Soalan sebegini adalah soalan yang kerap ditanya, terutamanya dari golongan mereka yang agak skeptikal dengan khidmat insurans dan saya harap saudara ikhlas bertanya. Berikut ialah jawapan untuk persoalan saudara

1) Saya selalu tekankan kepada client saya, BACA polisi yang diberi. Jika tak puas hati, boleh kembalikan polisi dalam masa 14 hari pertama tapi client buat dek… Ini memaksa saya highligt dengan pen dalam polisi malah sediakan 1 ringkasan polisi pada bahagian yang penting terutamanya had dan batasan (hak antara client dan syarikat) serta cara – cara nak buat tuntutan. Ini penting kerana itu adalah objektif utamanya memiliki insurans iaitu untuk dilindungi, jadi selepas dilindungi mesti tahu cara nak buat tuntutan…

Pertama sekali, SEMUA proses tuntutan mesti mengikut prosedur. Kami sendiri para consultant pun bila nak claim kena isi borang yang sama, kena sediakan dokumen yang sama, just like yours… Tak ada keistimewaan pun. Sebab semua tuntutan kena melalui proses filing yang sama. You consultant ke, you anak raja ke, syarikat tak kenal… Semuanya kena dibuktikan. Ada bukti, ada kes. Ada kes, ada peristiwa (malang). Ada peristiwa, boleh buat tuntutan. Tetapi semuanya mesti di dalam time frame tertentu.

Saya nak tekankan, time frame buat tuntutan, had tuntutan, batasan, halangan, dokumen sokongan atau apa sahaja ni semuanya dinyatakan di dalam polisi !! Jadi bila tuntutan dibuat tidak mengikut prosedur, apabila tidak disertakan dengan dokumen yang lengkap, itu yang menyebabkan tuntutan lewat.

Anda harus faham bahawa Bank Negara menetapkan semua tuntutan insurans mesti dibayar dalam masa 1 ke 2 bulan selepas dokumen lengkap diserahkan. Jika lewat, client boleh buat laporan ke Bank Negara dan syarikat insurans akan didenda 4 % setahun dan ia dkira mengikut kadar harian !!

Kesimpulannya syarikat rugi jika melewatkan pembayaran tuntutan. Tak ada sebab syarikat insurans nak menafikan hak client kerana kami berurusniaga atas garisan undang – undang. Insurans terikat dengan Akta Insurans 1996. Bank Negara pantau perjalanan syarikat insurans. Bank Negara ambil berat pada aduan client.

Satu perkara yang orang selalu tak faham ialah, proses tuntutan diuruskan oleh Bahagian Khidmat Pelanggan (customer service) dan bukannya consultant, apatah lagi jurujual insurans ! TETAPI, consultant rapat dengan client kerana kami follow up client sekurang – kurangnya 4 tahun. Dalam tempoh tu biasanya consultant dah jadi kawan atau sekurang – kurangnya selalu berhubung bertanya khabar. Bila client sakit, consultant adalah 10 orang pertama yang akan ditelefon oleh client !

Consultant ni prihatin. Bila client buat claim, consultant selalunya jadi tukang sibuk kat office tanya itu tanya ini kat department claim sedangkan itu di luar bidang tugas kami … Kami hanya membantu… Jadi saya harap penerangan saya jelas tentang salah faham consultant vs claim yang saudara bangkitkan.

Izinkan saya menambah, Saya berpendapat, jika anda membeli insurans dari jurujual insurans pun, sebenarnya tak ada masalah dari segi nak buat tuntutan ni kerana anda akan berurusan terus dengan syarikat apabila membuat tuntutan. Masalahnya cuma jurujual tidak menilai risiko anda, jurujual tidak menerangkan had, batasan atau kelemahan insurans yang anda miliki, jurujual tidak peduli samada anda telah mempunyai insurans dari syarikat lain atau tidak dan sebagainya lagi… Matlamat jurujual insurans cuma satu, pujuk anda beli insurans, selepas dapat duit dari anda, urusan antara anda dia dia tamat !

Kadang – kadang tu kesian sebab client tak dapat polisi lagi pun dia dah lenyap. Lebih malang ditipunya pula ! Duit lesap, perlindungan insurans pun tak dapat. Jadi mereka inilah yang membusukkan nama industri insurans. Kes – kes penipuan ini menjadikan saya kurang selesa jika menerima wang tunai dari anda. Saya lebih suka anda menggunakan kemudahan bukan tunai seperti cek atas nama MAA BERHAD atau MAA TAKAFUL BERHAD, arahan bank atau kad kredit tanpa transaksi tunai melalui saya. Ini dapat meningkatkan kepercayaan dan keyakinan untuk berurusan dengan saya.

2) Menjawab soalan saudara tentang berapa banyak soalan akan ditanya, hehe.. Ini bukan sessi soal siasat macam polis soal suspect.. Hehe.. Maaf gurau..

Berbalik kepada jawapan saya di atas tadi, setiap tuntutan ada borang dan dokumen sokongan yang perlu disertakan. Kena tengok juga jenis tuntutan yang macam mana. Kalau mati kemalangan, laporan post mortem diperlukan bersama sijil kematian. Perlu ditegaskan. post mortem dilakukan atas arahan polis dan BUKANNYA sebab nak buat tuntutan insurans.

Dalam hal membuat tuntutan, syarikat insurans berhak mempertikaikan tuntutan dalam tempoh 2 tahun pertama polisi (Artikel 2 Islam vs Insurans : insurans tidak boleh membuat keuntungan kepada waris atau yang dinsuranskan) jika dirasakan adanya keraguan di dalam tuntutan. Keraguan ini boleh timbul dari berbagai segi khasnya yang boleh membuat keuntungan kepada waris atau yang diunsuranskan atau penipuan pengishtiharan (Seksyen 149 (4)Akta Insurans 1996).

Dengan itu adalah menjadi tanggungjawab anda untuk menyediakan semua bukti yang menyokong proses tuntutan tersebut. Sebahagian besarnya telah dinyatakan di dalam polisi pun…

Sebab itu client yang mengambil medical card dari saya, saya minta beliau laburkan lagi RM 50 untuk menjalani general medical chek-up. Tujuannya untuk mengelakkan keraguan kalau – kalau selepas tempoh bertenang 120 hari, client jatuh sakit dan beliau boleh buat tuntutan kerana adanya dokumen sokongan untuk membuktikan tiadanya keraguan (kerana dalam kes medical card, penyakit sedia ada tidak akan dilindungi. Jadi general medical check-up yang dibuat adalah untuk membuktikan yang beliau 100 % sihat semasa memohon)

Jika syarikat insurans dapat membuktikan yang anda menyorok fakta atau menipu ketika pengistiharan, kontrak insurans anda akan terbatal. Segalanya jelas di dalam Seksyen 149 (4)Akta Insurans 1996.

3) Tentang pengeluaran simpanan, saya rasa anda salah faham dengan insurans dulu – dulu (traditional life policy) yang memang betul ada banyak karenah. Insurans sekarang jenis Investment-Linked Insurance (rujuk Artikel Islam vs Insurans) dimana setiap pengeluaran simpanan insurans dianggap penjualan semula unit saham amanah anda kepada syarikat insurans.

Tempoh bergantung kepada jenis insurans yang anda ambil. Contohnya insurans jenis pelaburan (investment) hanya perlu isi borang pengeluaran dan selepas 7 hari bekerja, cek akan dikeluarkan. Mudah saja. Takde banyak kerenah pun… (MAA sahaja, syarikat lain saya tak tahu) Pun begitu kelewatan pos menghantar cek kepada anda atau kelewatan bank memproses cek anda adalah di luar kawalan dan di luar time frame 7 hari bekerja tadi.

4) Izinkan saya ‘betulkan’ pemahaman anda tentang konsep Tawakal.

Bismillahirrahmanirrahim,
Segala apa yang baik datangnya dari Allah, sebaliknya adalah dari diri saya sendiri sebagai insan yang lemah.

Memang benar setiap apa yang berlaku (rezeki mahupun musibah) ini datangnya daripada Allah SWT. Tetapi dalam menangani musibah, Allah tidak menyuruh kita berdoa dan kemudiannya berdiam diri tanpa membuat apa – apa. Itu adalah konsep tawakal yang salah. Tawakal adalah usaha bersungguh2 yang diiringi doa dan kemudiannya kita berserah kepada Allah. Apa sahaja hasil daripada usaha kita tadi samada berjaya atau tidak, kita redha. Jika berjaya, itu rezeki kita. Jika tidak berjaya, itu bukan rezeki kita. Nah saya dah bawakan anda 3 konsep iaitu tawakal [1], redha dan rezeki.

Adakah saudara berpendirian yang jika sakit, berdoa aje TANPA perlu buat apa – apa ? Kalau sembuh, sembuhlah… Kalau tak sembuh, biarlah.. Minta aje kat tuhan, nanti kalau tuhan nak bagi baik, baiklah. Kalau tuhan tak bagi sembuh lagi, tak palah… Tanggung ajelah sakit ni kan…..

Jika itu adalah pendirian saudara, malang sekali konsep tawakal yang saudara pegang amat salah. Jika sakit, saudara perlu ke klinik (sakit ringan) atau hospital (sakit berat) sebagai USAHA untuk sembuhkan penyakit tersebut… Setuju ?
Jika sakit ringan, ya saudara juga ringan menangungnya. Ringan dari segi menanggung sakit, ringan dari segi membayar kos ubat. Sebaliknya jika sakit saudara sakit berat, saudara juga ikut berat menanggung sakit dan menanggung kos perubatan. Lalu apa lagi USAHA saudara untuk menanggung kos perubatan ribuan malah ratusan ringgit itu ? (maaf, terikut – ikut gaya bahasa penulisan Indonesia)

Ya ampun.. Meminjam daripada siapa dalam keadaan gawat gini ? Kenalan ? Ya bagus jika mereka punya uang puluhan ribu. Harus aja rumah ini dilelong tapi dimana pula tempat tinggal saudara dan keluarga di kayak genting ini ?

Statistik, teori kewangan dan pengalaman membuktikan bahawa kita tidak boleh menjual rumah atau kereta untuk menanggung kos perubatan. Kita juga tidak mampu menjual atau menggadai barang kemas apatah lagi meminjam dari sesiapa pun untuk menanggung kos perubatan. Setuju ? (melainkan anda ada empayar perniagaan yang hari – hari PASTI ada orang beli hehe, contohnya pengendali perkhidmatan bekalan air, bekalan elektrik ke… hari – hari ada orang guna air dan elektrik ape…)

Lalu apa USAHA anda ? Saya yakin hanya insurans yang dapat membantu iaitu kita buat persediaan sebelum sakit, lumpuh atau meninggal dunia. Insurans ni satu pakatan tolong menolong tak kira apa jua bangsa dan agama. Duit semua orang ini dikumpulkan dalam satu tabung dan digunakan apabila ada ahli yang ditimpa musibah. Sebab itu wang pampasan anda yangberkali – kali ganda boleh disediakan walaupun baru sebulan mencarum. Jika saudara ada cara lain, mohon beritahu saya supaya sama – sama kita dapat manfaatkannya.

Berbalik kepada usaha ke hospital atau klinik tadi. Harus diingat bukan ubat yang dimakan atau doktor Richard, doktor Anis atau doktor Bala yang menyembuhkan ! Semuanya dengan izin Allah. Ada orang sekali makan ubat aje, Allah dah IZINKAN untuk sembuh untuk dia meneruskan aktivitinya sebagai khalifah. Ada orang, bertahun – tahun sakit pun belum juga diizinkan sembuh..

Dan YA, BETUL minum air Yassin juga satu usaha (disebut dalam Quran pula tu) dan jika sembuh bukan air itu yang mujarab tapi sembuh dengan izin Allah. Malangnya masyarakat dimomokkan yang si polan2 buat air jampi boleh sembuhkan penyakit lalu berpusu2 orang datang, percaya @ berharap air jampi si polan dapat menyembuhkan penyakit ! Bahaya betul akidah masyarakat. Sedangkan sebenarnya kalau nak buat air Yassin, baca sendiri pun boleh malah lagi baik. Tetapi air bacaan seorang (iman pun tak berapa baik pulak tu) dengan air bacaan Yassin 40 orang yang tinggi imannya berbeza…

Saya harap saya telah menjawab semua persoalan saudara. Mohon maaf jika saya terkasar bahasa. Saya berpendapat, dalam menyampaikan ilmu yang benar, kadangkala kita perlu sedikit keras (tamparan minda) terutama bila berhadapan dengan orang yang skeptikal dan konvensional untuk memaksa mereka merendahkan sedikit ego, supaya mereka dapat diajak berfikir dan melihat dari dimensi dan persepsi yang lebih luas.

Suka saya minta saudara pejamkan mata seketika untuk membayangkan betapa susahnya Nabi Muhammad SAW berdakwah kepada jahiliah untuk menyembah Allah yang tidak nampak di mata sedangkan mereka telah sebati menyembah tuhan yang wujud di depan mata….… Begitu juga susahnya saya nak sebarkan kepada masyarakat betapa insurans dapat memampas kerugian yang dialami dan membantu mereka di kala susah. Apatah lagi dengan latar belakang traditional life policy yang hanya tinggal sejarah dan karenah agen insurans yang hanya mengejar komisen dan tidak berminat untuk membantu client…

"PERLINDUNGAN BENCANA KEWANGAN"

Ahmad Nazri Zakariya (012 – 554 2058 \ z_ashraff@yahoo.com)
Consultant MAA Takaful Investment Link
Tekad Smart Planning Sdn. Bhd. (538317-K)
A corporate agency with MAA Assurance Berhad & MAA Takaful Berhad

[1] Hadis Muslim : “tambatlah unta itu terlebih dahulu, kemudian kamu bertawakal” Maksudnya tambat itu satu usaha supaya unta tidak berjalan – jalan menjauhi tuannya sambil meragut pucuk pohon lalu sesat. Selepas tambat unta tu, pergilah kita buat urusan kita. Dizaman tu mungkin dia tambat unta dan pergi sembahyang jemaah di masjid..Tambat pula janganlah zalim tambat di tengah panas. Carilah pohon untuk dia berteduh. Maksudnya usaha yang kita buat tu jangan sampai menyalahi akidah, prinsip atau undang2. Jika unta hilang juga (dicuri), maka redha kerana kita dah usaha.

Dana Pendidikan Anak : 5 kesalahan ibu bapa

5 KESALAHAN YANG KERAP DILAKUKAN DALAM MERANCANG TABUNG PENDIDIKAN ANAK ANDA

Menghantar anak tersayang melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi
(IPT) merupakan impian setiap ibubapa. Hampir semua ibubapa
beranggapan, masa depan anaknya akan menjadi lebih cerah apabila dia memiliki
segulung ijazah atau diploma.

Untuk mencapai impian tersebut, tidak ramai yang tahu apa yang mereka perlu
lakukan dan kerap-kali berlaku kesilapan di dalam perancangan khasnya masalah kewangan.

Berikut saya kongsikan beberapa kesalahan yang kerap dilakukan oleh masyarakat
di dalam merancang tabung pendidikan IPT anak mereka.

1) Tidak Menyimpan Untuk Keperluan Anak

Mempunyai impian sahaha tidak cukup tanpa perancangan yang jelas dan tindakan yang efektif. Ramai ibubapa tidak berusaha untuk menyimpan sebahagian dari hasil pendapatan mereka untuk pendidikan IPT anak mereka kelak. Sebaliknya, mereka lebih mengharapkan bantuan kerajaan atau pinjaman pendidikan bagi menrealisasikan impian tersebut. (Tidak keterlaluan jika dikatakan pinjaman pendidikan ibu bapa itu sendiri punmasih belum dijelaskan sepenuhnya…)

Apabila mereka gagal mendapatkan bantuan kerajaan atau pinjaman pendidikan,
mereka mula menyalahkan pelbagai pihak atas kegagalan anak mereka
melanjutkan pelajaran di IPT dengan membangkit pelbagai isu seperti siapa lebih layak terima bantuan kewangan, isu perkauman, dasar kerajaan lemah dan sebagainya.

2) Tidak Menyimpan Pada Kadar Yang Betul

Ini merupakan satu kesilapan yang say kir agak lelucon. Apabila ibu bapa menyimpan untuk pendidikan IPT anak, mereka sekadar menyimpan serendah yang
boleh, bagaikan melepaskan batuk ditangga, ‘asal simpan sudah, tanggungjawab aku selesai’, konon….

Saya kata lelucon kerana ada yang menyimpan RM 50 sebulan, RM 30 sebulan malahan ada yang RM 10 sebulan pun ada ! Sedangkan kos pendidikan IPT berpuluh ribu. Bukan niat saya untuk merendah-rendahkan anda, tetapi pernahkah anda terfikir, berapa banyakkan simpanan yang anda ada 18 tahun kemudian ?

Katakan anak anda berumur 2 tahun dan anda sekadar menyimpan RM 20 sebulan.
Selepas 16 tahun, simpanan anda baru mencecah RM 3,840 sahaja. Dengan duit sebanyak ini, IPT manakah yang boleh menyediakan kemudahan pendidikan yang
berkualiti kepada anak anda ?

3) Tidak Mahu Terima Hakikat Kehidupan

Kenaikan kos pendidikan IPT dari tahun ke tahun memang tidak dapat dielakkan.
Kos pendidikan di IPT awam sebanyak RM 24,390 hari ini akan menjangkau RM
50,731 15 tahun akan datang yang saya kira berdasarkan kadar inflasi 5% setahun…. Untuk mencapai impian tersebut, anda perlu menyimpan sekurang-kurangnya RM 170 – RM 200 sebulan. Mahal ? Memang itulah alasan yang kerap saya terima di dalam kerjaya saya apabila mencadangkan nilai ideal untuk plan pendidikan anak mereka.

Ramai menyalahkan saya yang pelan pendidikan saya mahal ! Tak kurang juga yang membandingkan pelan yang saya tawarkan dengan pelan lain, PTPTN misalnya … Apa yang mereka terlepas pandang ialah BUKAN pelan pendidikan saya yang mahal tapi kos pendidikan IPT pada masa akan datang yang mahal. Dalam erti kata
lain, keperluan hidup anda yang mahal sebenarnya ! Saya cuma dengan ikhlas ingin membantu anda memenuhi impian untuk membiayai pendidikan anak anda yang tersayang… Saya cuma tolong ‘mengira’ untuk anda … Itu sahaja

Jadi, anda perlu terima hakikat hidup - jika anda tidak menyimpan pada kadar
yang sepatutnya, sudah pasti anda tidak akan dapat menampung kos pendidikan anak anda nanti.

Saya menggesa anda untuk menjadi Melayu ‘baru’. Buang sikap mengharapkan subsidi kerajaan. Berapa lama kerajaan boleh beri subsidi. Lebih tepat berapa banyak kerajaan boleh beri subsidi ? Jangan tempah hutang untuk generasi anak anda. Anda telah merasakan tekanan dibelengu hutang.. (rumah, kereta, kad kredit, pendidikan pengajian tinggi anda dll). Oleh itu cubalah sebaik mungkin untuk mengelakkan anak anda juga hidup dalam belengu hutang.

4) Tidak Mengambil Kira Risiko Kehidupan

Kita tidak tahu apa yang akan berlaku pada esok hari. Rancangan memang ada, minggu depan nak balik kampung, hujung tahun ni nak bercuti ke Langkawi, tahun depan nak menunaikan umrah etc… Tapi pasti ke ???

Sepanjang tempoh simpanan, kehidupan anda dan anak anda terdedah kepada pelbagai risiko kewangan yang boleh menyebabkan : -

· Caruman simpanan anda terhenti akibat anda atau anak anda ditimpa penyakit kritikal, lumpuh atau meninggal dunia.
· Simpanan sudah berjaya dikumpul malangnya terpaksa dibelanjakan bagi menampung kos anda atau anak anda yang ditimpa penyakit kritikal atau lumpuh.

Apabila membuat simpanan pendidikan anak anda, ramai ibubapa terlupa mengambil kira faktor risiko kehidupan di atas. Mereka tidak sedar, mereka perlu memiliki suatu “perlindungan kewangan” bagi menjamin tabung pendidikan anak itu tetap tersedia, walau apa musibah yang melanda. Bagi menyediakan perlindungan kewangan ini, hanya satu produk kewangan yang berupaya memberi faedah sebegitu rupa, iaitu insurans.




5 – Tidak Mendapatkan Khidmat Professional

Sekiranya anda tidak memiliki pengetahuan mendalam tentang produk-produk
kewangan yang terdapat di pasaran, anda mungkin akan menjadi keliru apabila
membuat perbandingan produk.

Bukan sahaja maklumat yang diberikan di dalam risalah tidak lengkap, malahan
mungkin ada syarat-syarat tertentu yang anda tidak sedari, melainkan anda bertanya lebih lanjut.

Sebagai alternatif, anda boleh mendapatkan khidmat nasihat professional di dalam
merancang tabung pendidikan IPT anak anda. Dengan bantuan professional, anda akan dapat mengelakkan 4 kesalahan di atas dan dapat memilih produk kewangan yang sesuai dengan keperluan dan keadaan kewangan anda.

Sekiranya anda mempunyai sebarang kemusykilan mengenai perancangan pendidikan, anda boleh mengemukakan pertanyaan anda kepada saya di z_ashraff@yahoo.com

Terus terang saya juga tidak pandai serba serbi tapi sekurang – kurangnya saya mempunyai akses untuk mendapatkan jawapan kepada persoalan anda.


"PERLINDUNGAN BENCANA KEWANGAN"

Ahmad Nazri Zakariya (012 – 554 2058 \ z_ashraff@yahoo.com)
Consultant MAA Takaful Investment Link
Tekad Smart Planning Sdn. Bhd. (538317-K)
A corporate agency with MAA Assurance Berhad & MAA Takaful Berhad

Medical Card 2 : apa sebenarnya Hospitalisation Insurans

Insurans untuk hospitalisation sebenarnya terbahagi kepada 4 jenis coverage utama iaitu

1 - Hospital benefit (HB)
2 - Hospital & Surgical benefit (H&S)
3 - Complete Hospitalisation Benefit, without medical kad
4 - Complete Hospitalisation Benefit, with medical kad & emergency service

1 - Hospital Benefit (HB)
Ini adalah faedah elaun harian bila anda diwadkan di hospital akibat sakit atau kemalangan. Contoh RM50 sehari atau RM100 sehari. Faedah ini dibayar mengikut bilangan hari anda diwadkan di hospital. Sesetengah polisi, letak syarat, kalau diwadkan lebih 3 malam berturut-turut, baru boleh claim dan sesetengah polisi pula meletakkan skop faedah terhad kepada punca kemalangan sahaja (terutamanya polisi kemalangan diri / personal accident).

Faedah Rider ini anda tuntut tak kira bilangan polisi kerana ia adalah elaun harian bila diwadkan di hospital. Jadi, kalau ada 2-3 polisi yang beri faedah elaun harian hospital ini, semua anda boleh tuntut.

2 - Hospital & Surgical benefit (H&S)
Ini adalah faedah gambungan Hospital Benefit (elaun harian) dan surgical claim (tuntutan pembedahan). Maknanya, kalau ada faedah ini, anda akan dapat tuntut elaun harian bila diwadkan di hospital dan tuntutan pembedahan kalau anda menanggung kos pembedahan.
Untuk kos pembedahan, biasanya ada limit, contoh 30x ganda dari elaun hospital. Kalau elaun hospital adalah RM 100 sehari. Limit 30x ganda, bermakna anda boleh claim surgical expenses sehingga RM 3,000 sahaja.

Kos pembedahan ini, hanya boleh dituntut mengikut bil hospital original yang anda bayar. Kalau majikan atau insurans lain dah tanggung, anda tak boleh tuntut lebih untuk buat untung. Kos perubatan lain kalau tiada pembedahan, tidak ditanggung.

3 - Complete Hospitalisation Benefit, without medical kad
Ini adalah faedah perubatan hospital yang agak menyeluruh (di mana kos perubatan, kos pembedahan dan kos bilik wad + makan minum ditanggung) tetapi claim dilakukan secara "bayar dulu, tuntut kemudian". Ia tidak beri anda elaun bila diwadkan di hospital swasta, tetapi kos perubatan di hospital tersebut boleh dituntut, mengikut jadual plan yang anda pilih. Kalau masuk hospital kerajaan, baru dapat elaun harian hospital mengikut bilangan hari anda diwadkan.

Maknanya, walaupun dari segi hospitalisation anda covered, tapi anda still kena advancedkan dulu duit anda sebagai deposit dan full payment, dan setelah discharge dari hospital, bawa original bil dan medical report untuk buat tuntutan. Claim pula boleh memakan masa berbulan bulan.

4 - Complete Hospitalisation Benefit, with medical kad & emergency service
Ini adalah faedah hospitalisation yang menyeluruh, sama macam faedah No:3 di atas, tetapi bezanya ia disertakan sekali dengan medical kad dan khidmat kecemasan 24jam sehari, 365hari setahun. Dalam erti kata lain, bila berlaku kecemasan dan memerlukan rawatan hospital, samada akibat sakit yang baru dihidapi atau kemalangan yang baru menimpa, insurans akan :-
a) Bayar deposit kemasukan hospital
b) Beri surat jaminan bayaran / guarantee letter
c) Bayar bil akhir terus menerus ke hospital panel
d) Sediakan khidmat kecemasan 24jam sehari, 365hari setahun.
e) Berikan penyata pelepasan cukai pendapatan sehingga maksima RM3,000 setahun

Kalau anda mahukan perlindungan hospitalisation yang menyeluruh dan khidmat yang cekap, inilah faedah hospitalisation terbaik yang anda boleh perolehi dari sykt insurans sekarang ini.


CAJ INSURANS HANGUS?

Yes, saya pasti ramai yang tak suka dengar perkataan ini, "kalau takde tuntutan, bayar hangus?".

Kalau anda faham konsep insurans yang sebenar-benarnya, insurans adalah satu PAKATAN dalam satu kumpulan peserta yang besar, di mana kos kerugian yang berlaku dalam kehidupan seseorang, akan dikongsi-bersama dengan peserta-peserta lain dalam kumpulan yang besar. Kerana perkongsian masalah ini-lah, membolehkan setiap peserta mencarum sebahagian kecil sahaja dari kos rawatan sebenar.

Insurans bukan satu paksaan. Siapa nak masuk, boleh daftar dan dapat jaminan tanggungan perubatan. Siapa yang rasa dirinya kebal dan tak nak masuk kerana rasa dia tak akan sakit sampai ke tua, dia tak perlu ambil insurans. Its as simple as that (no offence!).

Cuma kalau anda buat keputusan untuk sertai insurans hospital ini, anda perlulah ikut syarat kumpulan peserta tersebut, iaitu setiap peserta yang join insurans ini, perlu mencarum sebahagian kecil untuk kegunaan tabung kecemasan kumpulan. Mana-mana peserta dalam kumpulan ini masuk hospital, maka penganjur akan uruskan deposit, guarantee letter dan bayaran bil akhir terus ke hospital panel tersebut.

Jadi, kalau anda faham konsep insurans, bayaran hangus ini sepatutnya tak timbul kerana anda sepatutnya bersyukur, anda sentiasa sihat dan dalam jagaan Allah kerana tidak sakit atau kemalangan dan walaupun anda tak buat tuntutan, duit caruman anda itu akan/telah digunakan untuk menanggung kos perubatan sesama ahli kumpulan yang anda sertai itu.

Sebagai consumer, jangan tertipu dengan helah marketing sesetengah ejen insurans yang menyatakan medical kad mereka jenis "simpanan", tak hangus macam syarikat insurans lain. In reality, apa jua coverage insurans, terutamanya caj insuran perubatan tetap hangus walau selama mana anda bayar. Dengan duit kutipan caj insurans inilah, tuntutan perubatan dapat dibayar dalam jumlah berlipat ganda. Walaupun pelan insurans itu dinamakan jenis simpanan atau pelaburan, caj insurans perubatan tetap hangus. Tak percaya, cuba selidik illustrasi pelan tersebut. Memang confirmed hangus jugak! So, terima sajalah hakikat ini.

GUARANTEED RENEWAL ATAU YEARLY RENEWAL?

Sesetengah medical kad berbentuk yearly renewal, manakala sesetengah medical kad lain berbentuk guaranteed renewal.

Ramai orang keliru dengan istilah ini. Ada yang menyangka, kalau medical kad itu perlu dibayar dari tahun ke tahun, itu yearly renewal. Sebenarnya, semua insurans memang kena bayar dari tahun ke tahun, termasuk jenis guaranteed renewal. Tak kira pelan jenis saving ke, jenis bayar hangus ke, memang kena bayar secara berterusan. Kalau tidak, coverage akan ditamatkan.

Yearly renewal bermaksud pembaharuan insurans perubatan anda tidak dijamin dan bergantung kepada tahap kesihatan dari tahun ke tahun atau bergantung kepada ketahanan syarikat insurans itu sendiri. Kalau anda pernah buat tuntutan yang banyak dalam tahun itu, atau menhidap penyakit merbahaya yang memerlukan rawatan berlanjutan, medical kad anda mungkin tidak boleh renew untuk tahun seterusnya. Syarat tambahan (pengecualian penyakit yang pernah dituntut) atau caj tambahan (loading), mungkin akan dikenakan ketika renewal tahun hadapan. Syarikat insurans tersebut berhak ubah syarat kontrak polisi dari tahun ke tahun, dan anda akan menerima polisi baru setiap tahun. Syarikat insurans itu juga berhak menamatkan produk medical kad tersebut pada bila bila masa, jika mereka mengalami kerugian besar dan tak sanggup meneruskan produk itu lagi.

Guaranteed renewal bermaksud pembaharuan medical kad anda terjamin dari tahun ke tahun. Syarat syarat jaminan dan tuntutan semuanya sudah dijelas dari awal kontrak dan tidak akan diubah walaupun anda pernah buat tuntutan. Penyakit yang sama boleh dituntut berulang kali sehingga habis had tahunan atau had seumur hidup. Syarikat insurans tidak boleh mengenakan loading atau pengecualian atau megubah syarat jaminan sesuka hati mereka.

TIPS - Kalau anda ingin membeli medical kad, PASTIKAN IA ADA BENEFIT GUARANTEED RENEWAL. Kadang-kala, penerangan ejen insurans macam ada guaranteed renewal, tetapi sebenarnya produk tersebut tidak ada guaranteed renewal. Kalau polisi atau risalah tidak ada tulis guaranteed renewal, ia adalah jenis yearly renewal. Jadi, berhati-hatilah sedikit kerana anda mungkin akan teraniaya jika medical kad anda dihentikan tanpa kerelaan anda.

PELAN KOMBINASI 1 PELAN ATAU PELAN BERASINGAN?

Dalam pasaran, memang ada beberapa syarikat insurans hayat, insurans am dan takaful yang jual medical kad. Ada yang offer medical kad digabung dengan insurans hayat atau insurans pelaburan dan ada yang offer medical kad berasingan dari insurans lain (stand-alone).

Yalah, ada ejen cakap, ambil medical kad yang digabung dengan insurans pelaburan, bagus, semua faedah dalam 1 pelan. Tak payah pening pening. Kononnya bila digabungkan dengan insurans pelaburan, medical kad itu akan jadi jenis "simpanan".

Tapi, cuba anda fikirkan sendiri, kalau medical kad anda diberikan dalam 1 pelan insurans hayat / pelaburan, ini bermakna medical kad anda hanyalah satu faedah tambahan (rider) sahaja. Kalau anda buat basic full claim atau tamatkan insurans hayat tersebut, kesemua faedah di dalamnya akan ditamatkan, termasuklah medical kad anda.

Sebagai contoh, anda membeli medical kad digabung dengan insurans pelaburan. Bila anda jatuh sakit dan hilang keupayaan keseluruhan untuk bekerja, anda akan claim penuh ke atas insurans pelaburan anda. Bila dah claim penuh basic plan, insurans akan ditamatkan. Anda kehilangan medical kad anda sekali dan segala rawatan lanjutan selepas itu kenalah tanggung sendiri. Nak mohon medical kad baru? Dah sakit, dah lumpuh, bolehkah anda mohon medical kad semula? Sorrylah bang, takde company nak terima dah lepas tu.

Begitu juga dengan insurans hayat atau insurans pendidikan anak anda. Kalau anda bayar insurans RM300 sebulan, adakah anda nak bayar insurans hayat sebanyak itu sehingga umur 80 tahun? Kalau anda bayar RM250 sebulan untuk pendidikan anak anda, adakah anda masih nak bayar sebanyak itu walaupun dia sudah masuk universiti?

Bila tiba masanya, baik anak berumur 18 tahun atau bersara umur 55 tahun, kebanyakan orang ingin berhenti mencarum insurans, lebih lebih lagi pada kadar yang tinggi. Kalau medical kad anda digabung bersama, semua ini akan ditamatkan bersama. Anda dah takde medical kad untuk dibawa ke hari tua anda. Cover sampai 75 tahun katanya, tapi bila dah bersara, anda tak mampu lagi dah nak bayar rm300 sebulan sampai ke tua.

Bila bersara, anda memerlukan setiap wang yang ada, termasuklah insurans pelaburan yang sudah matang mencecah persaraan anda. Takkan nak biarkan duit persaraan anda hangus begitu sahaja, terbiar di syarikat insurans? Bukankah lebih baik, maintain medical kad secara berasingan saja?

TIPS - Kalau nak beli medical kad, dapatkan medical kad secara berasingan dengan pelan insurans lain. Beli insurans berasingan untuk setiap faedah, adalah lebih baik dari pening kepala, coverage dah takde bila 1 polisi ditamatkan kesemuanya!

MAJIKAN DAH COVER SEMUA!

Betul ke majikan anda dah cover semua? Betul ke majikan anda beri layanan istimewa kalau anda masuk hospital? Adakah anda merancang untuk bekerja dengan majikan hingga ke tua?

Tak kira majikan anda adalah kerajaan atau syarikat swasta, tolong semak betul betul tentang faedah perubatan hospital anda. Sebab kalau anda sekadar pekerja biasa (bukan top management), besar kemungkinan faedah hospital anda, ada hadnya, bukan semuanya dicover sampai boleh pejam mata. Kadangkala bila disemak, had anda sekadar rm5,000 atau rm10,000 sahaja. Kalau taraf eksekutif, mungkin coverage anda boleh mencecah RM20,000 - RM 30,000 sahaja. Maklumlah staff staff lain pun nak kena cover juga.

Coverage perubatan hospital yang seseorang itu perlu ada sekarang adalah MINIMA RM100,000 KE ATAS, bukan rm5000, bukan rm10,000. Sebab itulah kos minima untuk rawatan penyakit kritikal seperti kanser, kerosakan buah pinggang, pembedahan jantung, bengkak hati yang rosak dan sebagainya. Jangan ingat anda muda atau berpendapatan sederhana, tak akan dapat penyakit "orang kaya". Penyakit kritikal seperti kanser, menyerang tak kira usia atau status kedudukan.Celebrity popular bila mohon bantuan pun, perlukan lebih RM90,000 untuk rawatan kansernya. Kos hospital sangat mahal sekarang! percayalah cakap saya.

HOSPITAL KERAJAAN KAN ADA!

Ya, memanglah hospital kerajaan ada, tapi persoalannya adakah anda MEMPUNYAI KEUTAMAAN UNTUK MENDAPAT RAWATAN DI HOSPITAL KERAJAAN?

Sekarang ni, semua orang berpusu pusu ke hospital kerajaan untuk mendapatkan rawatan perubatan yang murah. Pendatang asing pun berpusu ke sana. Bukan nak kata hospital kerajaan tak bagus, tapi kalau anda tidak ada keutamaan, tunggulah 3-4 jam untuk dapatkan rawatan biasa. Kalau rawatan penyakit kritikal seperti kanser, anda mungkin terpaksa tunggu giliran 2-3 bulan untuk dapat temujanji anda.

Kerana semuanya murah di sana termasuk gaji staff hospital, maka servicenya kadangkala kurang memuaskan. Yang lebih menyedihkan lagi, kadang-kala berlaku kecuaian hingga meragut nyawa orang tersayang. Nak service murah, inilah risikonya.

Pernahkah anda terfikir, mengapa semakin ramai orang mohon bantuan kewangan dalam akhbar dan majalah? Hospital kerajaan berlambak apa, mengapa mereka tak pergi sana saja?

Sebenarnya itulah yang berlaku sekarang. Bila anda takde keutamaan, tunggulah giliran rawatan berbulan-bulan. Mereka yang iklankan diri mereka, kerana mereka perlu rawatan segera dan rawatan segera hanya boleh diperolehi di hospital swasta, dengan syarat ada duit bayarannya! Sebab itulah mereka keluar dalam paper, sebab perlukan wang segera untuk rawatan segera. Kanser yang kritikal (stage 3c) sebesar 7cm, boleh membesar kepada 14cm dalam masa 10 hari saja (growth by 100% dalam 10 hari) - Ini kisah benar pelanggan saya, seorang guru kakitangan kerajaan. Anda boleh tunggu giliran 2-3 bulan untuk dapat rawatan kanser?

NASIHAT SAYA

Faedah hospital yang menyeluruh (with medical kad) sudah menjadi satu keperluan sekarang. Kalau majikan anda ada beri faedah perubatan, semak betul betul, berapa hadnya dan bagaimana cara tuntutannya. Kalau anda ada polisi insurans, semak betul betul, jenis faedah hospital yang bagaimana yang anda ada?

Kadang-kadang, bila disemak, majikan cuma cover rm5,000 saja. Bila semak polisi insurans, ada beri elaun harian hospital rm80 sehari sahaja. Sekali buat pembedahan kanser (tak masuk chemotherapy) kosnya mencecah RM 16,500. Majikan cover rm5,000 saja. Insurans pulak, dapat claim 5 hari x rm80 = RM 400 saja. Baki RM10,100 mana nak cari? Bila dah emergency baru nak kelam kabut check itu ini. Dah lah badan sakit menanggung derita, hati pun sakit bila dapat tahu itu ini tak cover. Malahan terpaksa berhutang pula! Aduhhhhh!!

Kalau anda mahukan faedah hospital yang menyeluruh, dapatkan medical kad yang ada emergency service. Pastikan medical kad anda :-

1) Beri coverage yang menyeluruh, dari deposit kemasukan, guarantee letter dan bayaran bil akhir terus menerus ke hospital

2) Ditanggung oleh syarikat insurans yang strong, kukuh dari segi kewangan supaya dia mampu bayar tuntutan anda

3) Ada benefit GUARANTEED RENEWAL

4) Seeloknya medical kad dibeli berasingan dari life policy

5) Service kecemasan yang cekap 24jam sehari, 365hari setahun

6) Rekod tuntutan yang cemerlang dan cekap.

7) Memberi maklumat yang lengkap dan telus agar tidak ada syarat tersembunyi seperti co-insurance, pengecualian tuntutan, penyakit sedia-ada dan sebagainya.

8) Diuruskan oleh konsultan yang berpengalaman dan professional (sebagai rujukan bila ada perkara berbangkit atau emergency di luar waktu kerja).

9) Pilih pelan faedah yang tertinggi yang anda mampu bayar berterusan. Jangan sekadar pilih paling minima sahaja.


NASIHAT PALING PENTING - BELI MEDICAL KAD SEKARANG SEMENTARA ANDA MASIH SIHAT. Sebab kalau anda sudah ada penyakit tertentu, bukan sahaja anda perlu berikan laporan perubatan lama, malahan penyakit tersebut mungkin dikecualikan dari coverage atau permohonan anda ditolak sama sekali (kalau penyakit agak serius).

Medical kad HANYA BOLEH DIBELI DENGAN KESIHATAN. KALAU KESIHATAN DAH TAK MENGIZINKAN, ADA DUIT RM100,000 PUN TAK LAKU NAK BELI MEDICAL KAD LAGI.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan medical kad seperti jadual faedah, syarat tuntutan, jumlah caruman dan lain lain maklumat, anda boleh hubungi saya. Jangan segan untuk bertanya, tak dikenakan bayaran pun ….

"PERLINDUNGAN BENCANA KEWANGAN"

Ahmad Nazri Zakariya (012 – 554 2058 \ z_ashraff@yahoo.com)
Consultant MAA Takaful Investment Link
Tekad Smart Planning Sdn. Bhd. (538317-K)
A corporate agency with MAA Assurance Berhad & MAA Takaful Berhad

Medical Card 1

Pernahkah anda terfikir, sekiranya berlaku kecemasan di mana anda, pasangan atau anak anda, jatuh sakit atau ditimpa kemalangan, bagaimana anda menguruskan kecemasan itu? Apakah persediaan yang sudah anda lakukan?

Saya cuma nak meng-ingatkan anda yang, penyakit dan kemalangan itu boleh berlaku bila-bila masa, tak kira usia. Walaupun hakikat ini pahit untuk ditelan, tapi saya terpaksa meng-ingatkan anda juga!

Dalam kehidupan sekarang, dengan kualiti udara dan air yang kotor, barang makanan & minuman yang penuh dengan bahan pengawet, sistem penternakan & perladangan yang penuh dengan penggunaan bahan kimia, tabiat buruk seperti merokok, tidak bersenam serta cara pemakanan yang tidak sihat dan berlemak, tidak hairanlah ramai orang mudah jatuh sakit hari ini, tak kira tua atau muda.


BAGAIMANA KALAU ANDA PERLUKAN RAWATAN SEGERA?

Mungkin selama ini anda menyangka, anda tidak perlu buat persediaan kerana semua itu tidak akan berlaku. Jika ia berlaku pun, anda menyangka anda boleh menanganinya dengan mudah. Hospital kerajaan berlambak, majikan pun ada. Kawan-kawan ramai, mereka pasti boleh tolong punya.

Saya bukan kata hospital kerajaan tak bagus. Cuma dalam keadaan di mana anda perlukan rawatan segera, hospital kerajaan MUNGKIN bukan satu pilihan yang baik kerana anda terpaksa menunggu lama untuk mendapatkan rawatan. Paling malang sekali, jika anda diminta tinggu giliran 2-3 bulan untuk rawatan penyakit kritikal seperti kanser dan sebagainya. Maklum sajalah, hospital murah, berderet orang nak masuk sana, yang jauh lebih kritikal dari keadaan anda. Nak tak nak, terpaksa jugak bawak ke hospital swasta untuk dapatkan rawatan segera.

Kos perubatan di hospital swasta hari ini, sangat mahal terutamanya kos rawatan penyakit merbahaya. Kadangkala sampai boleh mencecah puluhan dan ratusan ribu ringgit. Dan apabila anda menghadapi masalah sedemikian rupa, saya pasti fikiran anda sendiri berkecamuk - mana nak cari duit sebanyak itu?

Nak meminjam dari bank, interestnya tinggi dan pinjamannya pula terhad. Nak pinjam dari kawan, setakat 100-200 mungkin boleh, tapi kalau dah berpuluh ribu, siapa yang sudi pinjam?

Nak jual rumah dan kereta, itu sajalah harta yang ada, kalau dijual, terjejas
pula kehidupan sedia ada. Nak mohon belas kasihan orang, belum tentu ada sesiapa yang sudi menolong, itu pun kalau masalah kita dapat perhatian orang. Kebanyakan orang buat tak tahu atau sekadar beri sikit sikit sahaja, sekadar dapat tampung keperluan asas sahaja.

Nak minta bantuan badan kebajikan, mereka pun tak mampu nak beri banyak sebab banyak lagi permohonan lain yang perlu dibantu juga. Saya percaya, anda pasti pening kepala, bila menghadapi dilemma sedemikian rupa!


BIAR SAYA BANTU BAYARKAN BIL HOSPITAL ANDA

Sebelum saya mula bercerita - Kalau ada orang tolong bayarkan kos perubatan hospital, anda suka tak? Duit deposit hospital, surat jaminan 24jam, bil perubatan hospital, semuanya saya tolong uruskan, anda suka tak?

Kalau anda suka, baguslah kerana itulah khidmat saya. Kebanyakan orang sangka saya ini macam jual barang. Sebab tulah ramai yang buat tak tahu atau tak buat apa apa.

Tapi sebenarnya, saya ni nak bantu uruskan bil perubatan hospital anda
sekeluarga. Dalam bahasa paling mudah - saya nak bantu beri duit kepada anda untuk selesaikan masalah kewangan anda itu.

YA - ini bukan cerita duit seringgit dua ni. Sebaliknya, saya akan uruskan kos perubatan yang anda perlu tanggung sampai puluhan dan ratusan ribu ringgit, dengan cara yang paling mudah sahaja!


BAGAIMANA SAYA BOLEH MEMBANTU ANDA?

Ini satu soalan yang baik - apa faedah-faedah yang boleh saya beri untuk bantu anda?

1 - KEMASUKAN HOSPITAL DIPERMUDAHKAN
Anda tak perlu pening kepala nak cari duit deposit, korek akaun bank atau pinjam sana sini, semata mata nak masuk hospital. Lagipun, bila dah perlu masuk hospital ni, bukan boleh tunggu lama. Pasti anda perlukan rawatan segera! Dengan khidmat saya, deposit kemasukan hospital akan kami sediakan semuanya. Jika deposit peribadi masih diperlukan, anda hanya perlu beri deposit sedikit sahaja. Anda sudah jimat masa!

2 - SURAT JAMINAN (Guarantee Letter)
Nak masuk hospital tengah malam ke, masa cuti raya ke, hujung minggu ke, anda tak perlu risau, khidmat emergency saya 24 jam sehari, 365 hari setahun. Anda boleh hubungi khidmat kecemasan kami pada bila bila masa untuk dapatkan surat jaminan ini. Maklum sajalah, kadang kadang syarikat majikan tak kerja 24 jam sehari, 365 hari setahun. Dengan adanya khidmat saya, takde la anda pening pening kepala lagi.

3 - BAYARAN BIL TERUS KE HOSPITAL PANEL
Kalau bil dah berpuluh-puluh ribu ringgit, tak ke naya nak membayarnya?
Mana nak cari duit banyak tu? Orang yang ada simpanan ribu-ribu pun, sayang nak habiskan duit dia bayar bil hospital saja.

Dengan khidmat saya, duit anda tu simpan saja. Semua bil saya akan bayar terus pada hospital anda. Tak perlu pening kepala, tak perlu tuntut bil berbulan lamanya. Semuanya selesai di masa tu juga!

4 - FAEDAH PERUBATAN YANG TINGGI DAN MENYELURUH
Tanggungan kos termasuk deposit kemasukan (minima 1 malam diwadkan), surat jaminan, kos perubatan & pembedahan, bilik penginapan dan makan minum. Bil perubatan anda, kami tanggung secara keseluruhan seperti yang dicaj oleh pihak hospital termasuk yuran doktor pakar dan lawatan doktor ke wad anda (terhad kepada 1 lawatan setiap hari).

FAEDAH WAD HOSPITAL DIBERI SEHINGGA 200 HARI dalam setahun (LEBIH 6 BULAN) termasuk lawatan doktor dan rawatan rapi (ICU) sehingga 60 hari dalam setahun (2 BULAN).

5 - PEMBAHARUAN TERJAMIN
Kami akan menanggung kos hospital anda setiap tahun, selagi had seumur hidup tidak habis atau berumur 80 tahun, yang mana lebih awal, tertakluk kepada syarat-syarat jaminan insurans. Ini bermakna, kami akan tanggung kos hospital anda, sampai ke tua, selagi polisi insurans anda masih berbayar.

Walaupun anda pernah membuat tuntutan banyak dalam tahun tertentu, kami masih menanggung bil perubatan anda yang seterusnya (selagi tidak melebihi had seumur hidup), tanpa ada syarat tambahan, pengecualian penyakit sudah dituntut atau tambahan caj loading.

6 - TIDAK ADA CO-INSURAN (PEMBAYARAN BERSAMA) SETIAP KALI BUAT TUNTUTAN
Ya, mungkin anda tak percaya kerana syarikat insurans lain meminta anda menanggung kos perubatan 10% setiap kali tuntutan dan 20%-28% jika anda melebihi had harian yang dibenarkan. Jika bil perubatan RM8,000, anda kena tanggung co-insurans 10% = RM800, umpama beli 1 lagi medical kad yang tinggi faedahnya. Dah ada medical kad, kena bayar lagi setiap kali buat tuntutan, tak ke menambah beban macam tu?

Kad medical kami akan tanggung kos hospital 100%, tanpa ada co-insurance (pembayaran bersama) setiap kali tuntutan, DENGAN SYARAT KADAR BILIK WAD + MAKAN MINUM HARIAN ANDA MESTILAH TIDAKM MELEBIHI HAD HARIAN YANG DIBENARKAN. Jika melebihi had harian, anda perlu menanggung perbezaan kadar bilik dan 10% dari baki bil perubatan. Still lebih murah berbanding syarikat insurans lain yang mengenakan 20%-28% bila anda melebihi had harian mereka.

7 - PILIHAN 73 HOSPITAL PANEL SELURUH MALAYSIA
Anda tidak perlu risau bila merantau ke mana-mana kerana kami mempunyai pilihan lebih 73 panel hospital di seluruh Malaysia, termasuk di Trengganu, Kelantan, Sabah & Sarawak. Di Selangor dan Kuala Lumpur sahaja, kami mempunyai lebih 26 panel hospital untuk kemudahan anda, termasuk hospital popular seperti Institut Jantung Negara (IJN), Glen Eagles Intan Ampang, Hospital Tawakal, Hospital PUSRAWI, Subang Jaya Medical Centre, Sunway Medical Centre, Darul Ehsan Medical Centre, Sri Kota Klang Medical Centre dan sebagainya.

8 - RAWATAN PESAKIT LUAR UNTUK KANSER & BUAH PINGGANG
Sesetengah orang, bila dah hidap penyakit kanser atau kerosakan buah pinggang, mereka perlukan rawatan yang berpanjangan dari masa ke semasa. Selagi hidup, selagi itulah anda perlukan rawatan dan kos rawatannya pun boleh tahan mahalnya!

Dengan bantuan saya, kos rawatan kanser dan buah pinggang untuk pesakit luar ini, akan dibiayai mengikut had pelan yang anda pilih. Paling mudah, masuk wad minima 1 malam, semua bil hospital akan kami bayar sepenuhnya.

9 - KHIDMAT KECEMASAN DI LUAR NEGARA
Kad medical kami turut menyediakan khidmat pemindahan perubatan antarabangsa (international medical evacuation) sekiranya kemudahan hospital di luar negara tidak lengkap untuk merawat anda ketika kecemasan. Pemindahan akan dilakukan melalui kapal terbang atau helikopter ambulans yang disewakan untuk anda. Setiap kali kejadian, kami akan menanggung kos pemindahan sehingga USD 1 juta.

Kami juga menyediakan khidmat penghantaran balik jenazah ke Malaysia jika anda meninggal dunia di luar negara. Segala urusan dokumentasi dan perbelanjaan, akan kami uruskan bagi pihak anda.


MACAM MANA NAK DAPATKAN KHIDMAT SAYA?

Mudah saja caranya - anda hanya perlu menjadi pelanggan kad medical saya!

Saya tak beri khidmat kewangan secara percuma, TETAPI saya beri KHIDMAT TANGGUNGAN BIL PERUBATAN PADA KOS YANG JAUH LEBIH MURAH dari kos biasa!

UNTUK COVERAGE RM50,000 SETAHUN & RM150,000 SEUMUR HIDUP, DENGAN BILIK WAD RM120 SEHARI, CAJ BERMULA DARI

Mengikut umur pada tarikh birthday lepas
Kanak-kanak 30 hari - 5 thn, dari RM 52.11 sebulan
Kanak-kanak 6 thn - 15 thn, dari RM 28.48 sebulan
Kanak-kanak 16 thn - 21 thn, dari RM 42.16 sebulan
Dewasa 22-29 tahun, dari RM 38.85 sebulan
Dewasa 30-39 tahun, dari RM 48.96 sebulan
Dewasa 40-49 tahun, dari RM 63.58 sebulan
Dewasa 50-54 tahun, dari RM 94.44 sebulan
Dewasa 55-59 tahun, dari RM 121.98 sebulan

Nota - Caj insurans akan naik mengikut lingkungan umur peserta. Kadar caj insurans untuk wanita dewasa, lebih mahal sedikit berbanding lelaki kerana risiko penyakit wanita yang agak tinggi.

SYARAT PERMOHONAN

Warga negara Malaysia berumur 30 hari sehingga 59 tahun sahaja (dan boleh diperbaharui sehingga umur 79 tahun)

Sihat 100% dan tidak terlalu gemuk.
Jika pernah mengalami masalah kesihatan atau pernah dimasukkan ke hospital, peserta perlu beri laporan perubatan dari doktor terkahir yang merawat anda. Medical check-up hanya jika diperlukan sahaja.

Pembayaran secara tunai, cek atau kad kredit.
Kadar bayaran secara 6 bulan atau tahunan sahaja. Bayar tahunan, akan dapat diskaun pendaftaran dari saya.

SYARAT JAMINAN INSURANS

Penyakit sedia-ada tidak akan dilindungi. Contoh, jika peserta itu sudah ada darah tinggi, maka penyakit darah tinggi dan penyakit berkaitan seperti sakit jantung, kerosakan buah pinggang, strok dan sebagainya, tidak akan dilindungi.

Ini kerana, penyakit yang sudah ada, tidak boleh diinsuranskan. Sama seperti jika rumah sudah terbakar, tidak boleh baru nak beli insurans. Kereta sudah remuk, tak boleh nak beli insurans dan buat tuntutan sebab perkara dah berlaku.

Kes kemalangan akan dilindungi serta-merta. Penyakit-penyakit lain yang baru menimpa seperti denggi, demam panas akan dilindungi selepas 30 hari. Penyakit tertentu seperti darah tinggi, kanser, kencing manis, ketumbuhan dan sebagainya, dilindungi selepas 120 hari (4 bulan).


JANGAN BERKIRA DENGAN KEBAJIKAN SENDIRI

Mungkin anda pernah terbaca email atau keratan akhbar yang menunjukkan orang lain memohon bantuan kewangan untuk masalah kesihatannya. Saya nak tanya anda, adakah anda terus menderma bila terbaca berita sebegini? Mungkin bila ada duit lebih, anda memang beri sumbangan anda, tetapi biasanya berhenti menyumbang setakat itu saja.

Kebanyakan dari kita, memang tak menderma pun bila terbaca berita sebegini. Tumpang simpati ada-lah, tapi nak menderma, alamak duit pun hanya cukup-cukup saja.

Sebab itulah saya nak ingatkan anda, janganlah terlalu berkira dalam hal kebajikan keluarga sendiri. Kalau dengan keluarga sendiri pun anda berkira, saya pasti ORANG LAIN AKAN LEBIH BERKIRA BILA ANDA PULA YANG MOHON BANTUAN. Sebab selama ni pun, anda susah betul nak menderma bila terbaca berita orang minta bantuan. Takkan lah, untuk kebajikan diri sendiri dan keluarga tersayang pun, anda masih nak berkira lagi, betul tak?


MAHAL-LAH, SAYA TAK MAMPU BANG!

Setengah orang menyangka, oleh kerana mereka berpendapatan rendah, mereka tak perlukan kad medical. Sebenarnya, jika anda berpendapatan rendah, anda-lah paling memerlukan kad medical ini kerana tidak ada siapa yang dapat membantu anda nanti, apabila ahli keluarga anda sudah sakit!

Adakah anda ingat, jika anda hanya berpangkat rendah atau berpendapatan rendah, maka pihak hospital swasta akan memberi diskaun 50% ke atas bil perubatan mereka? Sorrylah bang, ada duit banyak ke, ada hutang banyak ke, bil hospital kena settle sepenuhnya bang. Takde diskaun diskaun ! Inilah realiti sebenar kehidupan sekarang. Saya sound awal-awal ni, takut anda lupa!

Dengan kad medical ni lah, anda mempunyai pilihan samada :-

1 - Nak berpakat dengan orang lain, mencarum sedikit sedikit setiap tahun tampung kos rawatan yang sangat mahal, ATAU

2 - Tanggung kos rawatan sekali-gus RM150,000- RM300,000 dengan duit sendiri.

Saya memberi pilihan ini agar anda DAPAT BANTU KELUARGA ANDA SENDIRI sebelum terlambat.


"PERLINDUNGAN BENCANA KEWANGAN"

Ahmad Nazri Zakariya (012 – 554 2058 \ z_ashraff@yahoo.com)
Consultant MAA Takaful Investment Link
Tekad Smart Planning Sdn. Bhd. (538317-K)
A corporate agency with MAA Assurance Berhad & MAA Takaful Berhad

Artikel 2 : Memilih Penasihat Insurans vs Produk Insurans ?

MEMILIH PENASIHAT INSURANS YANG SESUAI

Izinkan saya mulakan artikel ini dengan persepsi masyarakat terhadap ‘saya’ ; seorang penasihat insurans (consultant insurans) yang ikhlas ingin membantu masyarakat.

Dahulu kala ketika orang Melayu mengusung keris atau parang ke mana – mana (sepertimana manusia ‘mengusung’ handphone pada hari ini…. hehe), mereka cukup takut kalau terjumpa hantu dan jembalang. Ironinya di zaman sekarang masyarakat cukup takut dengan penasihat insurans seperti saya.

Anda barangkali ketawa atau tidak mempercayai kenyataan saya bahawa mereka akan lari atau menyembunyikan diri apabila melihat kelibat saya menghampiri mereka ! Tetapi saudara - saudara, itulah senario yang berlaku di dalam kerjaya saya hari ini. Jika saya pegawai LHDN, ya ada logiknya mereka bertempiaran lari tapi saya consultant yang membantu anda dari ditimpa malang…

Saya kira semua ini gara – gara jurujual @ agen insurans yang tidak beretika dan tidak amanah dalam menjalankan tanggungjawab suatu masa dulu sehingga menimbulkan reaksi negetif ini kepada masyarakat. Ini menjadikan saya dan rakan – rakan seperjuangan lain yang serius untuk membantu anda (orang Melayu) menaikkan taraf kami dari jurujual insurans kepada penasihat insurans.

Stategi kami sebagai consultant berbeza, pendekatan kami berlainan, cara kami bekerja lebih teliti. Demi membezakan kami dengan jurujual insurans, demi membantu 85 % orang Melayu yang masih tiada perlindungan insurans peribadi tanpa prejudis terhadap 15 % lagi yang telah pun memiliki insurans tapi ‘apa pun tak tau...’ kami mengikuti kursus demi kursus berkenaan DUNIA KEWANGAN dan segalanya dinilai oleh peperiksaan kelolaan Bank Negara.

Penasihat Insurans – Kawan Sehidup Semati

Saya tanya anda “berapa ramaikah kawan yang anda miliki sekarang ?”

100 orang ? Jika dihitung dari zaman sekolah hinggalah ke alam pekerjaan, mungkin anda sudah memiliki kawan seramai itu. Dari jumlah 100 ini, berapa ramaikah yang merupakan ’kawan baik’ anda? Mungkin anda rasa dalam 10 orang, di mana anda menganggap mereka ini terdiri dari kawan-kawan yang anda masih rapat sehingga sekarang. Dari 10 orang ini pula, berapa ramai pula ’kawan sehidup semati’ anda ?

Anda tahu apa itu ’kawan sehidup semati’ ; kawan yang semasa anda masih hidup akan membantu kehidupan anda sekeluarga dan masih akan membantu ahli keluarga anda selepas anda meninggal dunia….

Cuba anda namakan 2 orang ’kawan sehidup semati’ yang anda yakin akan dapat
membantu keluarga anda, baik semasa anda masih hidup mahupun anda sudah meninggal dunia ………

Jika anda tidak ada kawan seperti yang saya nyatakan di atas, carilah penasihat
insurans yang professional. Merekalah ’kawan sehidup semati’ yang mesti anda
miliki, bagi menempuh saat - saat sukar di dalam kehidupan anda.

Di saat anda memerlukan bantuan kewangan kerana tidak lagi berupaya untuk
bekerja mencari rezeki, penasihat insuranslah yang akan menjadi harapan anda
dalam memastikan kehidupan keluarga dapat diteruskan seperti biasa.

Terutama bila kami menyerahkan cek kepada balunya, memberitahu yang arwah ada meninggalkan harta untuk perbelanjaan keluarga dan anak kecilnya yang cukup untuk 10 tahun akan datang... Bayangkan anak - anak kecil yang tidak tahu apa - apa datang mencium tangan kami dan mengucapkan terima kasih kerana kehadiran kami. Walau betapa macho pun kami ketika itu, air mata tidak dapat ditahan lagi dari mengalir apabila menempuh saat - saat begini... Itulah antara yang membezakan kami dengan agen insurans…

Buat Perbandingan Dengan Cara Yang Betul

Ramai orang telah memiliki kesedaran untuk memiliki insurans dewasa ini . Lalu mereka pun mula mencari – cari dan membanding - bandingkan pelbagai produk insurans yang terdapat di pasaran (saya juga begitu pada mulanya... ).

Kesimpulan dari pengalaman saya, semua syarikat insurans menawarkan produk yang ‘hampir sama ciri - ciri dan faedahnya’ hingga memeningkan kepala untuk memilih yang manakah yang terbaik untuk diri saya (dari persepsi saya sebagai orang biasa pada waktu itu)

Dengan itu saya ingin menggesa anda di luar sana agar tidak membuang masa membanding-bandingkan produk insurans di pasaran sebaliknya apa yang sepatutnya anda bandingkan @ cari ialah penasihat @ agen yang ada di dalam industri insurans itu ! (satu anjakan paradigma bukan ….?)

Ini kerana dengan wujudnya pelbagai jenis produk di pasaran dan dengan latar belakang anda yang tidak tahu apa – apa mengenai insurans, perbandingan yang anda lakukan hanya membandingkan ‘kulit buku’ sahaja. Anda tidak tahu produk yang mana sesuai dengan keperluan anda, setakat mana perlindungan yang sepatutnya anda miliki, apa ciri – ciri penting yang bakal memerangkap anda dan sebagainya lagi

Memilih penasihat insurans yang telah dilatih secara professional, yang serius dan dedikasi boleh membantu anda dalam membuat pilihan yang bersesuaian dengan keperluan, risiko dan keadaan kewangan anda.

Ciri-Ciri Penasihat Insurans Yang Terlatih

Kenali latar belakang penasihat insurans sebelum anda memulakan perbincangan. Ciri - ciri penasihat yang anda perlukan adalah : -

1) Penasihat yang dapat membuat perancangan yang memenuhi keperluan anda dan sesuai dengan keadaan kewangan anda
2) Penasihat yang dapat memberi penerangan dengan jelas agar anda dapat memahami faedah - faedah yang anda perolehi dari produk insurans yang dicadangkan
3) Penasihat yang dapat menyelesaikan sebarang perkara berbangkit mengenai polisi insurans anda dan dapat menguruskan tuntutan insurans dengan cekap

Dalam menilai seseorang penasihat insurans, satu cara paling mudah yang dapat anda lakukan adalah dengan menyemak perancangan insurans yang diamal oleh penasihat itu sendiri :– berapakah jumlah insurans hayat yang dia sendiri miliki untuk kebajikan keluarganya.

Terus terang, saya selalunya merasa tidak selesa jika menerima wang tunai dari anda untuk sebarang bayaran insurans. Jadi untuk mengelakkan risiko penipuan, anda dinasihatkan agar menggunakan kemudahan bukan tunai seperti cek (atas nama MAA Berhad atau MAA Takaful Berhad), arahan potongan bank terus ke akaun MAA atau kemudahan auto-debit kad kredit. Nah, bukankah itu lebih menyakinkan anda untuk berurusan dengan saya ??


"PERLINDUNGAN BENCANA KEWANGAN"

Ahmad Nazri Zakariya (012 – 554 2058 \ z_ashraff@yahoo.com)
Consultant MAA Takaful Investment Link
Tekad Smart Planning Sdn. Bhd. (538317-K)
A corporate agency with MAA Assurance Berhad & MAA Takaful Berhad

Islam vs Insurans

Sebetulnya ini bukan merupakan topik pilihan saya. Malah saya sebenarnya tidak bercadang sama sekali ingin menyentuh topik ini. Namun oleh kerana ada pihak yang bertanya secara umum di forum terbuka, ini memaksa saya menjawab secara umum di forum terbuka juga tentang hukum insurans. Saya katakan umum kerana pihak yang bertanya tidak menyoal secara spesifik, maka itu jawapan saya juga umum menjadikan artikel ini amat panjang, agak radikal dan barangkali sensetif. Oleh itu adalah ditegaskan yang artikel ini merupakan pendapat peribadi saya berdasarkan nas dan dalil yang dihujahkan. Ia tidak menggambarkan pendirian mana - mana syarikat insurans.

1) Mengapa semua salah faham ini terjadi ?
2) Adakah benar Life Insurans itu Insurans Nyawa ?
3) Adakah benar Life Insurans itu Muamalah Jual-Beli Pampasan ?
4) Apakah barang (subject matter) dalam aqad Life Insurans ?
5) Adakah patut Jaminan Perlindungan ini diberi secara percuma ?
6) Apa fungsi Life Insurans sebenarnya ?
7) Insurans Konvensional
8) Persoalan berkenaan unsur gharar (tidak ketentuan) ?
9) Adakah benar riba wujud di dalam Life Insurans ?
10) Bagaimana dengan isu timbangan yang tidak sama (Riba Al-Fadl)
11) Isu penangguhan dalam penyerahan 'barang' (Riba An-Nasi'ah)
12) Unsur Maisir (Judi) di dalam kontrak insurans ?
13) Mengapa Insurans itu bukan judi?
14) Untung vs Kebajikan
15) Kaunter halal di BSKL
16) Tawakal
17) Penutup

Islam vs Insurans

Apa itu Life Insurans sebenarnya : perniagaan jual beli nyawa, urusan jual beli pampasan, skim buat untung dalam sekelip mata, mendapat wang atas musibah yang melanda ?

Mengapa semua salah faham ini terjadi ?

Salah faham dikalangan orang Melayu ini mula berlaku seawal tahun 70 an lagi apabila industri insurans mula bertapak di Malaysia. Sebabnya mudah : tidak faham konsep asas insurans lantaran semua teks dan ilmu mengenai insurans hanya boleh didapati di dalam versi bahasa Inggeris.

Ini membuatkan banyak tanggapan (negetif) dibuat oleh orang – orang Melayu yang pada waktu itu tinggal di kampung dan tidak mempunyai pendidikan tinggi yang mengaitkan Life Insurans sebagai satu urusan jual-beli nyawa atau jual-beli pampasan.

Salah faham ini kemudiannya diturunkan dari satu generasi ke satu generasi. Betapa hebatnya kesan salah faham ini hinggakan masyarakat Melayu memandang Life Insurans sebagai satu benda negatif, dikeji malah haram !


Adakah benar Life Insurans itu Insurans Nyawa ?

Semua insurans dibuat berdasarkan nilai risiko. Jadi saya tanya anda adakah insurans itu menilai nyawa seseorang ? Ooo… anda umur 70 tahun, nilai nyawa anda RM 6002. Kalau anda umur 35 pula, nilai nyawa anda RM 1302. Begitu ??

Tidak ! Insurans tidak menilai atau meletak harga ke atas nyawa seseorang. Malah anda tidak perlu kehilangan nyawa untuk menerima pampasan insurans ! Dalam realiti, pampasan insurans tetap berbayar samada kerana beliau cacat keseluruhan, mengalami penyakit kritikal, ditimpa kemalangan atau sekadar menerima rawatan di hospital. Jadi kefahaman bahawa Life Insurans = Insurans 'Nyawa' adalah salah !

Untuk menguatkan hujah saya khasnya kepada mereka yang tidak mahir berbahasa Inggeris, istilah life jika dirujuk di dalam kamus akan memberi banyak makna selain dari ‘nyawa’. Setuju ? Dan dari banyak - banyak makna yang ada, maksud yang tepat dalam konteks ini ialah KEHIDUPAN.

Sebagai contoh apabila seseorang bertemu rakan lama dan bertanya “How's you life now ?". Jika dialihbahasakan adakah dia bertanya “bagaimana nyawa anda sekarang ?”. Adakah anda setuju dengan hujah saya sekarang ? Apa yang beliau maksudkan ialah bertanya khabar akan kehidupan rakannya kini samada sudah berkahwin atau belum, kerja sekarang ok ke, anak isteri sihat ke dsbnya lagi...

Jadi tidak hairanlah apabila tafsiran dibuat pada pemahaman yang salah, masyarakat ketika itu mempersoal samada nyawa seseorang itu boleh dijual-beli atau diletakkan harga. Kena pulak dengan bangangnya mufti ketika itu, dengan bodoh sembong beliau mengeluarkan fatwa mengharamkan insurans ‘nyawa’.

Adakah benar Life Insurans itu Muamalah Jual-Beli Pampasan ?

Masih lagi cerita dizaman 70 an. Pada waktu itu timbul salah faham mengenai insurans di mana masyarakat (Melayu) menyangka insurans ialah satu urusan jual-beli pampasan hinggakan pada tahun 1979 fatwa (dikeluarkan oleh orang yang tidak arif) dikeluarkan yang mengharamkan Insurans Nyawa kerana ia ditakrifkan sebagai satu muamalah yang fasid (rosak/tidak sah), yang tidak sesuai dengan prinsip - prinsip Islam dari segi aqadnya kerana mengandungi unsur-unsur gharar (tidak ketentuan), maisir (judi) dan riba. Tetapi adakah benar Life Insurans itu satu muamalah jual beli pampasan?

Saya ambil contoh situasi sebenar yang berlaku apabila anda membuat pinjaman perumahan di bank. Apabila bank meminta anda memastikan bahawa pinjaman anda tetap berbayar walaupun anda mati atau cacat kekal, adakah bank menyuruh anda membeli pampasan dari pihak tertentu ? Cuba anda renung @ imbas kembali pengalaman anda membeli rumah betul - betul, adakah bank ada menyuruh anda membeli pampasan atau tidak ?

Tidak bukan? Apa yang bank mahukan hanyalah JAMINAN PERLINDUNGAN atau JAMINAN KEWANGAN dari anda di mana jika anda mati atau lumpuh, pinjaman rumah anda itu masih tetap dibayar oleh penjamin anda. Siapa yang menjadi penjamin untuk satu jumlah pinjaman yang besar seperti itu ? Kawan – kawan ? Adik – beradik ? Ibu bapa ? Pinjaman peribadi RM 10,000 pun semua orang takut nak jadi penjamin inikan pula pinjaman rumah yang bernilai ratusan ribu ! Jadi ternyata jaminan seperti ini tidak mampu dipegang jika diserahkan kepada seseorang.

Dalam industri kewangan, jaminan perlindungan tersebut disediakan oleh sebuah institusi kewangan yang dipanggil syarikat insurans dan tugas syarikat insurans adalah untuk menyediakan jaminan perlindungan ke atas risiko - risiko asli tertentu sahaja. Jadi point saya ialah , syarikat insurans tidak berjual-beli pampasan sebaliknya memberi jaminan perlindungan.
Apakah barang (subject matter) dalam aqad Life Insurans ?

Saya berpendapat, ‘barang’ di dalam aqad Life Insurans adalah JAMINAN PERLINDUNGAN (yang diberi dalam bentuk JAMINAN KEWANGAN secara bertulis : POLISI INSURANS) kerana hanya dengan membeli insurans sahaja anda akan menerima jaminan perlindungan (dibuktikan melalui dokumen bernama ‘polisi insurans’). Jika anda rujuk kepada istilah Takaful sendiri, ia membawa maksud kepada “jamin-menjamin” dan bukannya ‘menjual / mengutip pampasan’.

Berbalik kepada isu jaminan kepada bank bagi pinjaman perumahan tadi. Pihak bank hanya akan percaya anda sudah ada jaminan perlindungan apabila anda sudah memiliki polisi insurans ; satu dokumen yang sah disisi undang - undang. Tanpa jaminan ini pinjaman anda tidak dapat diluluskan. Dan polisi insurans ini hanya akan anda perolehi jika anda menyertai skim insurans yang dikelolakan oleh syarikat insurans yang sah (dan kalau boleh berprestij), dimana fungsinya adalah untuk memberi jaminan perlindungan kepada peserta yang mencarum.

Adakah patut Jaminan Perlindungan ini diberi secara percuma ?

Mungkin anda tertanya-tanya mengapa jaminan perlindungan ini perlu dikenakan caj. Saya bawa anda analogi ini. Masih ingat suatu masa dulu (kira – kira 10 tahun lepas barangkali), ramai orang berlumba – lumba mencari kakitangan kerajaan untuk menjadi penjamin bagi pinjaman peribadi (khasnya dari Bank Rakyat) ?

Apa yang terjadi kepada kakitangan kerajaan ini sekarang ? Ramai yang terpaksa menanggung hutang yang mereka tidak buat kerana si peminjam melarikan diri tidak membayar pinjaman mereka. Inilah gara-gara memberi jaminan perlindungan / jaminan kewangan secara percuma !

Sekarang, berapa ramai kakitangan kerajaan yang anda jumpa sekarang sanggup menjadi penjamin untuk pinjaman peribadi orang lain, hatta kawan baik, kawan sepejabat, jiran sebelah rumah pun ? Apatah lagi nak jamin seseorang yang kita tidak kenal. Lagilah mustahil kan ? (Jika ada, beritahu saya, saya pun nak pinjam juga hahahahaha)

Sebab itulah, setiap peserta yang menyertai Life Insurans dikenakan bayaran berdasarkan risiko kehidupan yang mereka bawa. Tidak ada syarikat insurans yang sanggup beri jaminan perlindungan begitu sahaja tanpa apa-apa caj. Kerana syarikat insuran dan anda saling tidak mengenali. Malah kalau kenal pun masih tidak mahu menjadi penjamin kerana risiko dan pengalaman penipuan yang telah berlaku. Setuju ?

Sesuatu yang anda terlepas pandang, anda tidak memiliki Life Insurans dengan wang ringgit ! Anda dapat membelinya dengan status kesihatan anda ! Jika kesihatan anda tidak mengizinkan, RM 1 juta pun tidak laku di syarikat insurans.

Di Malaysia, jumlah caj insurans ini dikawal-selia oleh Bank Negara Malaysia dan struktur caj insurans ini dibuat mengikut standard piawaian antarabangsa mengikut Akta Insurans 1996.
Apa fungsi Life Insurans sebenarnya ?

Ramai orang menyangka insurans ini satu skim untuk buat untung. Kalau tidak untung, maka dia pasti akan rugi. Maka kalau rugi maka hukumnya haram. Pelik bin ajaib. Saya sendiri hairan, dari mana dia belajar semua ni …??

Menurut teori kewangan (teori ini ciptaan barat ye, bukan ilmuan Islam), insurans hanya memberi jaminan perlindungan berdasarkan kerugian kewangan (financial loss) yang dialami dan kerugian ini mestilah tidak boleh memberi keuntungan sebaliknya hanya menutup kerugian kewangan (indemnity) yang dialami akibat risiko atau musibah asli tertentu.

Jadi bagaimana anda boleh buat untung atas musibah yang melanda ? Tak boleh..!!

Insurans Konvensional

Ada orang kata insurans konvensional ni haram sebab ikut undang – undang sivil. Yang halal mesti ikut undang – undang syariah, selain syariah semua haram ! Untuk menguatkan hujahnya beliau dengan berkobar – kobar memberi perumpaan kononnya nikah cara sivil (macam orang Cina nikah di Pej. Pendaftaran Negara tu) kan ke haram sebab tak ikut syariah..

Saya geleng kepala…. Geleng kepala kerana ilmu tak cukup tapi pandai pandai - pandai buat persamaan. Insurans tidak sama dengan nikah kahwin saudara… Kenapa ?

1) Akta Insurans & Akta Takaful, kedua-duanya berada di bawah undang - undang sivil ! Checkmate. Tak payah nak berdebat lagi.
Semua syarikat insurans baik konvensional mahupun Takaful dikawal-selia oleh Bank Negara Malaysia. Akta Takaful mahupun syarikat Takaful sekalipun tidak pernah di bawah kawalan Majlis Fatwa Kebangsaan mahupun Jabatan Agama Islam. Anda tahu fakta ini ?
2) Hanya kerana ia satu undang-undang sivil, tidak bermakna urusannya menjadi haram. Ini kerana Takaful yang dibuat mengikut prinsip syariah dan di bawah undang-undang sivil. Jadi saya nak tanya kepada hamba Allah yang memandai – mandai buat persamaan tadi “apakah pula hukum Takaful tersebut ?”

Analoginya undang-undang lalu-lintas Malaysia adalah undang – undang sivil. Anda kena saman sebab potong double line. Boleh ke anda menafikan saman tersebut semata – mata kerana anda orang Islam yang tidak percayakan undang-undang sivil dan mahu dibicarakan di mahkamah Islam (mahkamah syariah ?)

Satu contoh lagi ialah sijil kahwin. Katakan semasa melanjutkan pelajaran di UK dulu saya menikah di sana. Wali hakim dan 2 orang saksi terdiri daripada petugas masjid. Sijil nikah yang dikeluarkan oleh kerajaan Britain ini ialah sijil perkahwinan sivil.

Tetapi sekembalinya ke Malaysia, Jabatan Agama Islam mengesahkan perkahwinan saya sah di sisi syarak kerana semuanya dibuat mengikut hukum Islam dan mereka mengeluarkan surat nikah Jabatan Agama Islam untuk kemudahkan urusan lanjut kami suami isteri di tanah air. Jadi jelas sijil nikah sivil saya tetap sah dan diterima-pakai oleh Jabatan Agama Islam.

Persoalan berkenaan unsur gharar (tidak ketentuan) ?

Pertama sekali subject matter di dalam Life Insurans ini harus ditakrifkan sebagai jaminan perlindungan dan dengan itu segala persoalan gharar, riba dan maisir (judi) akan terjawab secara automatik.

Ini kerana polisi insurans (jaminan perlindungan) adalah dokumen undang – undang mengenai Life Insurans yang menyatakan dengan jelas hak anda dan hak syarikat dalam tempoh jaminan tersebut seperti jumlah pampasan yang diberi dalam tempoh jaminan, caj yang dikenakan ke atas jaminan, bagaimana pampasan boleh dibuat, apa tempoh masa membuat tuntutan, apa dokumen yang diperlukan untuk membuktikan musibah anda dsbnya [1].

Apabila anda memenuhi syarat - syarat perjanjian di dalam polisi anda, tiada sebab syarikat menafikan wang anda !! Semua ini dibuat dengan jelas mengikut piawaian Bank Negara Malaysia dan Akta Insurans 1996 [2].

Jaminan perlindungan dan polisi insurans boleh dibuktikan samada di mahkamah sivil, mahkamah syariah mahupun dalam industri perbankan. Mahkamah syariah juga mengesahkan pampasan insurans konvensional adalah suatu harta pusaka yang perlu difaraidkan di kalangan pewaris si mati. Ini bermakna, mereka mengiktiraf bahawa jaminan perlindungan itu wujud dan pampasan tersebut perlu dibahagi-bahagikan mengikut sistem pusaka Islam.

Jadi saya tanya anda di mana unsur ketidaktentuan tersebut… Tolonglah beritahu saya… Saya merayu sebab saya tak jumpa unsur – unsur tersebut… Yang ada ialah makhluk alam yang tak baca polisi insurans, yang tak tahu apa hak – haknya dan kemudian bising tak boleh claim ! Cerdik ke orang macam ni ?
Adakah benar riba wujud di dalam Life Insurans ?

YA. Saya jawab soalan di atas secara direct, mudah anda nak faham. TAPI unsur riba wujud HANYA pada polisi insurans lama (traditional life policy) DAN riba berlaku hanya apabila seseorang itu mengeluarkan simpanan insuransnya (policy loan : pinjaman dari polisi) sebelum tempoh matang (Interest yang dikenakan dari pinjaman inilah yang mewujudkan riba). Itu sahaja. Ertinya jika anda tidak membuat pinjaman dari simpanan insurans anda, teruskan simpanan hingga tempoh matang, tak adalah unsur riba ni…

TETAPI tradisonal life policy hanya sejarah kerana kini semua pelan insurans baru berbentuk Investment-Linked Insurance. Senang cakap 100 % bersih dari riba. Bagaimana tu ? Setiap pengeluaran simpanan insurans dianggap penjualan semula unit saham amanah anda kepada syarikat insurans dan bukannya satu pinjaman.

Bagaimana dengan isu timbangan yang tidak sama (Riba Al-Fadl)

Anda tentu perasan bayaran yang anda buat adalah murah sedangkan pampasan yang diterima berpuluh – puluh kali ganda. Analoginya mari kita lihat perniagaan kelab sukan(gym) yang mengenakan anda yuran (tak kisahlah yuran tahunan ke yuran keahlian ke). Adakah anda beli mesin exercise atau beli ‘kesihatan’ dengan bayaran tersebut ? Kedua – duanya pun bukan ? Apa yang anda beli atau bayar sebenarnya adalah untuk keahliannya. Apa bukti keahlian anda ? Anda ada kad keahlian, anda boleh guna kemudahan di kelab. Simple.

Sama juga dengan Life Insurans. Anda bukan beli pampasan sebaliknya anda beli jaminan perlindungan. Apa bukti anda anda jaminan perlindungan ? Anda ada polisi insurans, anda boleh buat tuntutan dari syarikat insurans.. Sama tak ?

Polisi insurans ni umpama kad keahlian kelab gym tadi. Anda bayar keahlian gym katakan RM 971 sebulan tapi dapat guna mesin exercise yang bernilai ratusan ribu ringgit lengkap dengan trainer berpendapatan RM 1200 sebulan serta kemudahan kolam renang dan sauna yang eksklusif bernilai hampir sejuta ringgit, tanpa had ! Mungkinkah semua ini diperolehi dengan nilai RM 971 sahaja ?

Ya ia mungkin (boleh) kerana kelab hanya menjual keahlian, bukan jual trainer aerobik, kemudahan sauna mahupun mesin exercise ! Dan mereka buat perniagaan ini untuk satu kumpulan ahli yang besar, bukan seorang dua. Jadi keahlian dapat diberikan dengan harga yang murah dan hasil kutipan dari semua ahli, kelab dapat menyediakan semua kemudahan ini.

Sama juga dengan Life Insurans, sebab itulah dengan hanya RM 37.50 sebulan, anda sudah boleh dapat jaminan perlindungan RM 100,000 sebab syarikat insurans hanya beri jaminan perlindungan sahaja, bukan jual-beli pampasan atau nyawa anda.

“Apa gunanya saya di beri jaminan perlindungan ini kalau pampasan tak dapat ?” tanya hamba Allah ini lagi.
Inilah masalah orang yang tidak faham konsep insurans. Tak tahu tanya tak pa, tapi tak tahu buat bising ni yang mengacau ! Jaminan perlindungan ini boleh anda gunakan untuk menyokong permohonan pinjaman anda di bank. Saya pasti setiap bank akan minta jaminan perlindungan sebelum mereka meluluskan pinjaman rumah beratus ribu. Bank bukan suruh anda beli pampasan, bank suruh anda sediakan jaminan perlindungan sahaja iaitu pihak yang sanggup bayar sejumlah wang bagi pihak anda apabila anda ditimpa musibah ! Jadi jika musibah menimpa anda, waris ada wang untuk bayar baki pinjaman. Kan ke senang waris kita nanti.. Tak sayang waris ? Siapa waris ? Anak dan isteri kan ???

Bagi yang gentleman, jaminan perlindungan ini boleh digunakan untuk meyakinkan tunang atau isteri yang dia seorang lelaki yang bertanggungjawab terhadap masa depan keluarganya. Lelaki dapat memberi jaminan yang kehidupan keluarga (isteri bersama anak yang masih kecil) masih akan berjalan seperti biasa walaupun dia sudah tiada atau tidak lagi berupaya untuk mencari nafkah akibat lumpuh hanya dengan memiliki Life Insurans.

Jadi, saya berpendapat, isu Riba' Al-Fadl ini sepatutnya tidak wujud jika seseorang itu benar - benar memahami konsep asas insurans atau sekurang – kurangnya analogi yang saya berikan tadi. Ini kerana, jika benarlah isu timbangan tidak sama ini adalah riba, maka semua insurans am (insuran kereta misalnya) juga patut diharamkan kerana timbangan tidak sama.

Bayar insurans kereta murah, perlindungan berpuluh ribu. Insurans kebakaran rumah bayar RM 100 setahun sahaja, perlindungan sampai RM 100,000. Bukankah jelas yang tidak sama timbangan ?

Jadi kepada mereka yang tersilap mengeluarkan fatwa tahun 1979 dahulu harus bertanggungjawab untuk menjawab soalan saya : “Mengapa insurans am (insurans kereta la katakan) dihalalkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan sedangkan ia jelas mengandungi unsur Riba’ Al-Fadl ?, sama seperti hujah agama yang beliau gunakan ke atas Life Insurans ?” Saya telah jawab tadi, jika istilah ‘life’ yang dijadikan sandaran maka beliau buta huruf ! Pi belajar balik bahasa Inggeris darjah 6..

Sebab itulah saya berpendapat, fatwa dan hukum yang dibuat mengenai Life Insurans tidak tepat kerana fatwa dan hukum agama dibuat dengan hujah - hujah yang tidak konsisten (Life Insurance nyawa haram kerana ada Riba Al-Fadl tapi insurans am halal walaupun jelas mempunyai Riba Al-Fadl juga).

Ketidaktepatan ini berlaku kerana fatwa dan hukum ke atas Life Insurance dibuat tanpa pemahaman yangjelas, pengetahuan yang sangat lemah dakan perjalanan insurans itu sendiri terutamanya terdapat banyak perubahan yang sudah berlaku di dalam industri insurans sekarang (traditional life policy vs Investment-Linked Insurance).

Isu penangguhan dalam penyerahan 'barang' (Riba An-Nasi'ah)

Isi ini sebenarnya juga sudah tidak wujud lagi di dalam Investment-Linked Insurance. Ini kerana apabila seseorang itu membayar premium insuransnya, jaminan perlindungannya wujud serta-merta semasa aqad dibuat (syarikat insurans sudah pun menanggung liabiliti ke atas peserta itu apabila wang diserahkan). Jika dia mati atau cacat kekal kerana kemalangan pada keesokan harinya, pampasan insurans tetap akan berbayar. Saya cabar anda untuk semak kenyataan saya ini dengan mana - mana syarikat insurans samada konvensional mahupun Takaful. Adakah saya berbohong ??

Unsur Maisir (Judi) di dalam kontrak insurans?

Ada orang menganggap membeli insurans umpama satu perjudian ke atas sesuatu yang belum pasti berlaku. Saya tanya anda, apa yang belum pasti berlaku tu ? Saya percaya ramai yang akan jawab “belum tentu saya akan terima pampasannya lagi… Saya mungkin tidak ditimpa kemalangan.. Bukan ke malang tidak berbau ?”

Ecewah… Begitu molek ayat beliau. Saya tidak hairan anda merasakan insurans itu seumpama judi. Persepsi bahawa insurans adalah jual-beli pampasan harus terlebih dahulu diubah dengan cara memahami konsep asas insurans. Sebaik sahaja anda bayar, jaminan perlindungan akan diberikan. Jadi saya tanya anda kembali, bukankan itu sesuatu yang sudah ‘pasti’ ? Sebab itulah saya berpendapat unsur Maisir (Judi) tidak wujud kerana : -

1) Peserta membayar jumlah yang kecil kerana dia hanya membeli jaminan perlindungan dan bukannya membeli pampasan. Dan wang yang diberi oleh syarikat insurans juga lebih berbentuk sumbangan yang datangnya dari hasil kutipan semua peserta di dalam satu kumpulan besar.
2) Wang yang dibayar sebenarnya tidak hangus kerana jaminan perlindungan sudah pun diberikan dari awal – awal lagi. Anda sudah pun mendapat 'barang' yang dibayarnya yakni jaminan perlindungan. Tambahan pula, sepanjang tempoh jaminan, peserta bukan sahaja mendapat layanan dari syarikat insurans, malahan khidmat nasihat profesional dari consultant itu sendiri. Jadi segala-galanya jelas bahawa peserta sudah pun mendapat apa yang dibayarnya.
3) Syarikat insurans tidak rugi walaupun membayar tuntutan pampasan berpuluh-kali ganda yang melebihi nilai premium yang anda bayar. Ini kerana wang dikutip oleh ahli di dalam satu kumpulan yang besar dan hanya peratusan kecil peserta yang membuat tuntutan dari kumpulan besar tadi. Tambahan pula wang pampasan yang dibayar bukannya datang dari wang syarikat sebaliknya dari sumbangan setiap peserta yang diterima di dalam satu kumpulan besar tersebut. Tuntutan berjuta-juta ringgit setiap tahun pun, syarikat insurans masih lagi untung kerana operasi perniagaan mereka dibuat secara menyeluruh, di dalam satu kumpulan besar dan bukan terhad kepada satu - satu urusan jual-beli. Ini boleh dilihat dari laporan tahunan mana-mana syarikat insurans.

Mengapa Insurans itu bukan judi?

1) Pertamanya judi itu mewujudkan risiko (ketidakpastian menang atau kalah) sedangkan insurans itu menutup risiko sedia-ada (pasti menerima imbuhan apabila sesuatu berlaku).

2) Keduanya judi itu untuk menyediakan keuntungan kepada mereka yang kena sedangkan insurans menutup kerugian kewangan (indemnity) kepada peserta yang ditimpa musibah dan tidak boleh mewujudkan keuntungan ke atas nyawa @ musibah yang berlaku.

3) Orang yang kalah judi akan kehilangan segala pertaruhan @ wang yang dibayarnya tadi sedangkan wang premium dana insurans diberi semula berserta dividen apabila tiba tempoh matang.

4) Judi itu membayar duit kepada mereka yang bernasib baik sedangkan indemnity insurans diberikan kepada peserta yang tidak bernasib baik (ditimpa musibah tertentu).

5) Sesiapa pun layak berjudi tetapi dalam insurans, hanya mereka yang mempunyai kepentingan diinsuranskan [3] sahaja boleh memohon.

6) Judi dibuat dengan duit sedangkan insurans hanya boleh dibuat dengan status kesihatan. Jika kesihatan anda tidak mengizinkan, duit sejuta pun tak laku!

Jadi dimananya judi itu sama dengan insurans ?

Insurans konvensional hanya mementingkan untung semata-mata dan tidak seperti Takaful yang lebih mementingkan kebajikan

Jangan pening – pening. Pertama sekali saya katakan tidak ada satu syarikat insurans pun di Malaysia ni didaftarkan sebagai satu badan kebajikan. Semuanya didaftarkan sebagai satu perniagaan, tak kiralah syarikat insurans konvensional ke Takaful ke…. Bukankah matlamat asas perniagaan adalah mencipta keuntungan ?

En Azman Ismail (Hijrah Strategic Advisory Group) dalam artikelnya di laman web LIAM berhujah di dalam Sidang Kemuncak Takaful di Bahrain 1997 bahawa perjalanan syarikat - syarikat Takaful di Malaysia adalah berbentuk perniagaan dan bukannya dilakukan dalam bentuk koperasi atau kerjasama seperti yang disarankan oleh ulama - ulama sedunia.

Kedua, jangan mudah menuduh syarikat konvensional hanya mementingkan keuntungan semata-mata. Saya beri bukti Kad Perubatan Sihat Malaysia. MAA dan syarikat – syarikat lain masih lagi mengekalkan produk insurans perubatan ini demi menjaga kebajikan masyarakat walaupun kami (syarikat – syarikat insurans) tahu dan sedar kami mengalami kerugian. Bagi setiap RM 1 premium yang dikutip, MAA terpaksa membayar semula RM 1.60 untuk menanggung bil perubatan hospital peserta. Produk ini masih lagi dijual tanpa prejudis dan kami tidak dapat menaikkan harga kad untuk menampung kerugian kerana dikawal-selia oleh Program Kesihatan Kebangsaan Malaysia.

Contoh - contoh lain, MAA sendiri memiliki 8 pusat rawatan dialysis buah pinggang di seluruh Malaysia yang bertujuan untuk membantu mereka yang kurang berkemampuan mendapatkan rawatan. Selain itu, MAA juga membantu BUDIMAS, (Yayasan Kebajikan Tuanku Permaisuri Agong) menyediakan pelbagai kemudahan untuk mereka yang tidak berkemampuan dan kurang upaya. Banyak juga aktiviti kebajikan yang MAA taja. Sudah menjadi lumrah masyarakat, perkara baik yang dibuat jarang diperktakan sebaliknya lebih suka bawa mulut membuat tohmahan…
"Dalam kategori Finance BSKL, hanya 4 kaunter sahaja yang mendapat pengiktirafan Syariah dan 4 kaunter tersebut bukannya kaunter syarikat insurans konvensional"

Ya, dalam senarai kaunter BSKL memang MAA atau mana – mana syarikat insurans konvensional lain tidak termasuk di dalam senarai kaunter yang diluluskan syariah. Ini kerana produk - produk insurans konvensional lain yang mempunyai riba (interest) masih berjalan (traditional life policy iaitu insurans jenis lama masih mempunyai pencarum dan ia tidak ditamatkan walaupun sekarang 100 % tidak lagi diperkenalkan untuk pencarum baru).

Tetapi saham BSKL amat berbeza dengan Dana Pelaburan Syariah di MAA ataupun di mana - mana syarikat insurans konvensional lain. Ini kerana dalam saham BSKL, jika anda beli saham MAA dengan nilai berbillion ringgit lalu memegang lebih dari 51% jumlah saham, maka anda kini menjadi pemilik baru MAA.

Sebaliknya bagi dana - dana Islamik Investment-Linked merupakan satu dana amanah saham yang tidak bercampur dengan dana pelaburan konvensional mahupun dana syarikat di BSKL. Dana - Dana Islamik inilah yang diiktiraf mengikut prinsip Syariah (halal dan bersih dari unsur riba) oleh Penasihat Syariah yang terlantik [4] kerana mereka mengaudit perjalanan pelaburan tersebut.

Salah faham yang berlaku (kerana tiada ilmu kewangan) ialah, jika anda beli berjuta ringgit dana Islamik MAA, anda tidak akan jadi pemilik MAA kerana ia hanyalah dana amanah saham. Sama seperti anda letak berjuta ringgit di dalam ASB, anda tidak mungkin menjadi pemilik PNB. Nampak perbezaannya ?

Jadi jelas bahawa perjalanan akaun pelaburan anda adalah halal kerana diniagakan dikaunter yang berbeza, walaupun diuruskan oleh syarikat yang sama. Setiap 6 bulan anda akan menerima penyata yang menyenarikan ke mana wang simpanan insurans anda dilaburkan. Pun begitu suka dijelaskan MAA atau mana – mana syarikat insurans konvensional sekalipun tidak melabur di dalam industri arak atau judi. Jadi di mana yang tidak halalnya insurans ini ?

Tawakal aje la….

Saya masih ingat konsep tawakal diajar dalam subjek Pendidikan Islam tingkatan 5 dan soalan berkaitannya pasti akan keluar dalam setiap peperiksaan SPM. Jika ada lupa, maksud bertawakal ialah berusaha sehabis baik, berdoa kepada Allah dan seterusnya berserah lalu redha dengan ketentuanNya. Ertinya usaha dahulu baru berserah kepada Tuhan, bukan berserah semata - mata tanpa usaha. Insurans adalah satu usaha yang boleh anda lakukan dan sudah terbukti ia satu cara yang paling berkesan dalam menangangi bencana kewangan, melainkan anda ada wang berjuta ringgit, tak payah gaduh la…

Penutup

Sebetulnya semua salah faham ini berlaku akibat ceteknya pengetahuan agama dan dangkalnya ilmu mengenai pengurusan kewangan yakni insurans. Semua persepsi ini datang semata – mata saya adalah consultant MAA, sebuah syarikat insurans konvensional. Tapi jika saya dari Takaful Malaysia, tak pa… No question ask… Sungguh malang sekali. Malang kerana kedangkalan orang Melayu di dalam ilmu kewangan berbanding dengan kaum lain yang mendahului kita…

Oleh itu saya menyeru anda di luar sana yang cetek pengetahuan agama dan tak tahu apa pun mengenai pengurusan risiko dan bencana kewangan (insurans) supaya BERHENTI BERCAKAP KOSONG kerana anda menyusahkan keluarga sendiri dan juga orang lain.

Jadi dimana pendirian anda ? Adakah anda bersama saya untuk membantu orang Melayu atau sebaliknya ? Hubungi saya untuk saya menilai risiko saudara dan melindungi saudara dari bencana kewangan…

Wallahualam bissowab


"PERLINDUNGAN BENCANA KEWANGAN"
Ahmad Nazri Zakariya (012 – 554 2058 \ z_ashraff@yahoo.com)
Consultant MAA Takaful Investment Link
Tekad Smart Planning Sdn. Bhd. (538317-K)
A corporate agency with MAA Assurance Berhad & MAA Takaful Berhad
[1] Sebab itu saya selalu menggesa anda BACA polis. Malah saya BANTU anda memajami polisi (Bahasa Malaysia)… Anda nak tuntut wang anda suatu hari nanti… Kena faham macamana nak tuntut, apa yang boleh dituntut, masa bila nak tuntut bla bla bla…
[2] Malangnya saya sering menerima complaint daripada masyarakat yang saya temui yang mengatakan syarikat insurans menipu. Nak buat tuntutan ini tak dapat, nak claim itu tak boleh. Anda pasti ke ??? BACA polisi anda. Jika anda fikir anda benar maka saya seru anda, saya akan bantu anda CABAR syarikat insurans di mahkamah… kerana itu hak anda…
[3] Suami boleh beli insurans untuk diri sendiri, anak dan isteri sebaliknya seorang anak tak boleh beli insurans untuk ayah atau ibu (masih ingat takrif asas insuran yang mengelak berlakunya keuntungan ?)
[4] syarikat Hijrah Strategic Advisory Group

Artikel 1 : Masalah Sejagat (Pengenalan)

MASALAH SEJAGAT

Anda pernah terbaca di dalam email dan akhbar atau melihat Bersamamu TV3 , kisah masyarakat khasnya orang Melayu kita yang memohon belas kasihan dan bantuan kewangan bagi meringankan beban kewangan yang dihadapinya. Bukan sahaja jumlah wang yang mereka perlukan itu amat besar, malah mereka memerlukannya dalam keadaan yang segera kerana amat - amat terdesak.

Sebagai manusia, anda ada sifat belas dan ingin menolong mereka. Tapi apakan daya, keadaan kewangan anda sendiri pun cukup - cukup makan Nak menderma ribuan ringgit tak dapat, anda hanya mampu bersimpati. Maka benarlah kata orang tua – tua “berat mata memandang berat lagi bahu yang memikulnya”. Kalau anda dapat menderma pun, jumlahnya sedikit dan jumlah itu tidak dapat menyelesaikan masalah individu tersebut.

Saya ingin memberi peluang untuk membantu orang Melayu seperti anda, melindungi sumber kewangan anda sebelum anda ditimpa bencana kewangan dengan cara yang amat berkesan. Tapi malangnya cakap saya awal – awal lagi anda dah bantah ! “aah…. jual insurans lah ni… malas aku nak dengar…”

Maafkan saya saudara . Jangan jadi bodoh sombong. (Tahu apa itu bodoh sombong ? Dah lah tak tahu, tak mahu bertanya pula ! Bila orang nak bagitahu, tak mahu dengar…) Saya bukan jurujual insurans ! Saya CONSULTANT insurans.
“sama la tu oii, jual insurans la tu.. “

Sekali lagi saudara, tolong jangan jadi bodoh sombong. Besar perbezaan antara jurujual insurans dengan consultant insurans. Saya sendiri tak sanggup nak jadi jurujual insurans. Artikel ini ingin menarik perhatian anda kepada contoh masalah kewangan di atas tadi.

Dari pemerhatian saya, kebanyakan masalah kewangan yang dihadapi oleh orang Melayu kita ini sebenarnya boleh diatasi dengan menggunakan produk insurans yang bersesuaian. Menyimpan wang pula biarlah di tempat yang memberi pulangan dan perlindungan secara serentak dan bukan sekadar menyimpan kosong di bank.
Contoh bagaimana produk insurans dapat membantu : apabila anda atau anak anda sakit, semua bil rawatan di hospital swasta akan ditanggung sepenuhnya oleh insurans, tanpa anda perlu memungut derma ke sana ke sini. Bila suami sebagai pencari nafkah utama meninggal, balu dan anak - anak tak perlu hidup meminta-minta, sebaliknya pendapatan bulanan suami yang hilang itu dapat diganti oleh produk insurans yang sesuai untuk menampung keperluan 10 ke 20 tahun akan datang atau sehingga anak dapat berdikari.

Begitu juga dengan menyimpan wang. Minta maaf cakap, menyimpan di ASB berapa sangatlah pulangannya ??? Nak main saham, tak reti atau lebih tepat tak mampu. Minta maaf sekali lagi, orang Melayu kita berlumba – lumba membuka akaun SSPN dengan harapan (niat ?) dapat pinjaman PTPTN. Bukankah kita sudah ‘menempah’ hutang untuk generasi kita akan datang ?

Oleh kerana kurangnya kesedaran atau mungkin lebih tepat kurangnya ilmu kewangan, tak sampai 15% orang Melayu kita yang memiliki insurans peribadi. 85 % lagi tidak ada insurans peribadi dan bergantung kepada insurans dari majikan (itu pun jika ada dan tahukah anda yang ia bukan menjadi hak miliknya 100 % ?) dan caruman SOCSO (itu pun kerajaan tetapkan potongan, kalau tidak mungkin anda tak ada perlindungan juga. Tahukah anda ia terhad kepada kemalangan di tempat kerja dan perjalanan pergi balik kerja melalui jalan biasa sahaja ?)

Malangnya juga, 15% orang Melayu kita yang memiliki insurans tadi tak tahu dan tak faham jenis faedah yang ada dalam polisi insurans mereka. Bagi mereka, asal sudah beli insurans, settle.. Samada perlindungan insurans itu mencukupi atau tidak, perlindungannya meliputi risiko yang dia hadapi atau tidak, dia sendiri pun tak tahu.

Ha saudara – saudara, inilah dia kerja jurujual insurans :- main jual aje produk insurans, dapat komisyen, habis cerita. Lepas tu anda sakit ke, anda mati ke, dia tak ambil peduli. Consultant kerjanya lebih susah, renyah kerana saya perlu menilai risiko anda dan mencadangkan produk yang bersesuaian dengan risiko, saya perlu terangkan perjalanan akaun insurans anda, saya perlu jelaskan kenapa risiko anda perlu disandarkan dengan bayaran RM xxx dan bukannya RM yyy, saya kena follow-up anda selama 4 tahun seterusnya, berkongsi ilmu perancangan kewangan dengan anda dan memastikan semua bencana kewangan anda dilindungi sepenuhnya.

Kenapa masalah – masalah yang di atas tadi berlaku kepada orang Melayu kita :-
Tak ada kesedaran untuk membuat persediaan awal, dah terantuk baru nak mengadah…
Tak ada ilmu kewangan tentang cara melindungi sumber kewangan
Budaya belanja dulu, simpan kemudian (itu pun kalau ada) berbanding simpan dahulu 10 % dan belanja selebihnya.

ANALOGI BENCANA KEWANGAN

Bila disebut tentang bencana kewangan ni, anda sebenarnya boleh gambarkan bagaimana keadaannya sewaktu rumah anda black-out di tengah malam. Bukan sahaja dunia anda menjadi gelap gelita malahan keadaan menjadi huru-hara. Anak -anak kecil menangis (takutkan gelap @ kepanasan), si isteri kelam - kabut cuba menenangkan mereka dan anda pula teraba – raba mencari lilin. Bila lilin berjaya dinyalakan, barulah keadaan menjadi sedkit reda, isteri dan anak - anak duduk mengelilingi lilin. Walaupun api itu kecil, namun ia mampu membuat keluarga anda duduk bersama, merasa tenang dan meneruskan sedikit aktiviti dengan agak terbatas.

Insurans ini umpama lilin yang menerangi kehidupan kita di kala black-out. Ia dapat menukar keadaan keluarga yang huru-hara dan terdesak kembali tenang dan kekal bersama di bawah satu bumbung.

Izinkan saya menawarkan sebatang lilin untuk keluarga saudara…

"PERLINDUNGAN BENCANA KEWANGAN"

Ahmad Nazri Zakariya (012 – 554 2058 \ z_ashraff@yahoo.com)
Consultant MAA Takaful Investment Link
Tekad Smart Planning Sdn. Bhd. (538317-K)
A corporate agency with MAA Assurance Berhad & MAA Takaful Berhad