Wednesday, June 25, 2008

Marahkan Nyamuk, Kelambu Pulak Yang Dibakar

Mungkin anda pernah mendengar pepatah Melayu lama ini, yang berkisarkan tentang tindakan yang merugikan diri sendiri. Just because you are irritated by a mosquito while you are sleeping, you burn down the mosquito net (maksudnya - kerana marahkan seekor nyamuk ketika anda nyenyak tidur, kelambu pulak yang anda bakar).

Ye lah, bila sekor nyamuk tu terbang memalam buta, kita tension jugak kerana bunyi nyamuk itu menganggu tidur kita. Padahal, kita tidur dalam kelambu dan kelambu itulah, yang melindungi kita dari digigit oleh nyamuk tersebut. Tapi, kerana dipengaruhi rasa marah, kita gagal melihat gambaran keseluruhan dan ambil tindakan drastik, membakar kelambu, kononnya asap kelambu itu akan menghalau nyamuk tersebut.

Betul, asap akan menghalau nyamuk tersebut, tapi untuk sekejap saja. Lepas sejam dua, makin banyak pula nyamuk yang datang, mengelilingi anda yang sedang tidur, membuat bising dan mengigit anda bertalu-talu. Selang seminggu, anda disahkan menghidap demam denggi dan ditahan di wad hospital selama seminggu. Bil hospital pulak kena dekat RM4,000 lebih (sebab kena masuk darah), aduhhhh anda tepuk dahi! Kopak duit aku!!

Pepatah ini cukup popular, bagi menggambarkan keadaan di mana, disebabkan timbul suatu masalah kecil, kita ambil tindakan drastik yang terburu-buru, hingga menyebabkan kerugian kepada diri kita sendiri.


ADAKAH ANDA PUN MACAM TU JUGAK?

Sejak kenaikan harga minyak, harga beras, tarif elektrik, yuran sekolah, tambang bas anak dan barangan makanan lain, ramai orang merungut kos sara hidup mereka semakin bertambah. Suka tak suka, saya percaya, anda juga, buat keputusan sama untuk berjimat cermat, mengurangkan perbelanjaan yang anda "rasa tak perlu" dan cuba mengikat perut sementara menunggu kenaikan gaji yang tak kunjung tiba.

Malangnya, kerana rasa marah masih menebal, anda mungkin tak fikir panjang dan gagal melihat gambaran keseluruhan. Anda ambil keputusan drastik, untuk 'menghentikan atau mengurangkan' bayaran insurans anda. Kononnya, untuk mengurangkan beban perbelanjaan keluarga anda. Oleh kerana insurans itu nampak macam satu pembaziran, bayar pun hangus, maka anda, dengan mudah, buat tanggapan insurans itu tak penting dan menjadi perkara utama untuk dihentikan segera!

Dulu kerana petrol naik 30 sen, anda ambil insurans pun setakat bayaran minima saja, kononnya kos sara hidup dah makin mahal. Sekarang harga petrol naik lagi 78 sen, anda nak hentikan insurans anda pulak? Kononnya tak penting, membazir aje, bayar hangus, lagipun barang semua makin mahal dah!!!

Kalau anda berfikiran spt di atas, saya kasihan melihat gelagat anda. Kerana marahkan kenaikan harga minyak, insurans sendiri jadi korban. Kerana marahkan kenaikan harga barang, masa depan dan kebajikan keluarga sendiri , anda dipertaruhkan. Sanggup mendedahkan keluarga sendiri kepada risiko financial disaster (bencana kewangan).

Padahal, insurans itulah yang melindungi kebajikan dan masa depan anda sekeluarga. Insurans itulah yang akan menyediakan income-gantian bila anda hilang sumber pendapatan akibat sakit merbahaya, ketidak-upayaan untuk bekerja atau dah meninggal dunia. Insurans itulah yang akan menanggung kesemua kos hospital yang mahal bila anda sakit teruk atau ditimpa kemalangan.

Bila cakap pasal kebajikan dan keselamatan keluarga, semua orang akan cakap itulah perkara no:1 yang mereka utamakan. Pijak semut pun tak mati bang, masing-masing tak mahu digambarkan seperti manusia yang tak bertanggung-jawab!

Tapi, kenapa insurans yang boleh membantu anda, menunaikan tanggungjawab anda terhadap keluarga ketika anda sudah tiada, itulah yang anda tamatkan?

Kenapa insurans, satu-satunya perbelanjaan yang dapat bantu anda bila ditimpa kesusahan, anda sangat berkira nak bayar (sedangkan perbelanjaan lain pun hangus juga)?

Kenapa insurans yang umpama "KELAMBU" yang melindungi keselamatan keluarga, anda bakar secara tergesa-gesa?

Kalau saya cakap anda ni, "cakap tak serupa bikin!", tentu anda marah! Tapi tengoklah keputusan yang anda lakukan itu, bagaimana ia memberi kesan negatif kepada perancangan kewangan anda sendiri. Anda sanggup bakar "kelambu" (insurans) anda, semata-mata nak jimat belanja?

Memanglah untuk sementara waktu ini, nampak macam jimat, kurang sikit beban perbelanjaan bulanan. Tapi dalam jangka masa panjang, tindakan ini boleh membawa kerugian kepada keluarga anda sendiri. Kita ni, semakin hari, semakin tua. Semakin tua, semakin tinggi risiko kesihatan tubuh badan kita akan terjejas.

Bila dah sakit teruk seperti kanser atau rosak buah pinggang, kita akan mula hilang keupayaan untuk bekerja. Bila badan pun dah mula tak bermaya, majikan pun tak nak simpan lama-lama. Tak produktif dan membawa beban saja pada syarikatnya. Lama-kelamaan, anda terpaksa dihentikan sebab asyik terbaring, tak mampu nak kerja.

Gaji yang dulu cukup kencang, kini dah semput, se-sen dua pun takde. Macam mana nak tanggung makan minum keluarga bila income pun dah tiada? Harga barang makin naik macam nak kiamat rasanya. Anak-anak pula mula menangis, sebab anda sendiri dah tak mampu nak menyekolahkan mereka. Hidup keluarga yang dulu bahagia, kini terpaksa meminta-minta, dalam sekelip mata!

Inilah akibatnya, tabiat kita yang suka hidup tanpa insurans. Kita hanya mendedahkan keluarga kita, kepada risiko hidup melarat dan merana. Kerana nak berjimat seringgit dua, kita bakar "kelambu" (insurans) kita, kononnya ianya satu pembaziran semata-mata. Akhirnya kita sendiri yang terpaksa tanggung kerugian di tahap bencana.


NASIHAT SAYA

Ye lah, kalau ya pun anda marah dengan kenaikan harga minyak, janganlah sampai insurans yang selama ini bertugas untuk melindungi masa depan dan kebajikan keluarga, anda korbankan kononnya kerana nak jimat seringgit dua.

Bila harga barang semakin mahal-lah, kita kena pastikan kita ada perlindungan insurans yang tinggi. Sebab kos sara hidup manusia, semakin lama, semakin mahal apa! Dulu tahun 90an, nasi lemak biasa taruh telor, harganya RM1. Kini tahun 2008, harganya dah naik jadi RM2 pulak. Belum pernah dalam sejarah, kos sara hidup semakin berkurangan setiap tahun. Takkan itu pun anda tak sedar-sedar lagi?

Jadi, setiap kali anda dapat gaji, BERINGAT-INGATLAH! Pastikan anda bajetkan 10% dari gaji bulanan anda, untuk bayar insurans keluarga. Dengan membelanjakan 10% dari gaji bulanan, anda dapat melindungi 100% gaji anda dan dapat pastikan keluarga anda menerima gaji berterusan, walaupun anda sudah tiada (bab ni, rujuk saya untuk maklumat lanjut).

Kalau anda tak bajetkan 10% gaji anda untuk insurans, anda boleh kehilangan 100% gaji anda selama-lamanya dan menyebabkan keluarga sendiri hidup menderita. Jadi anda nak hilang 10% atau 100% dari gaji anda? Buat keputusan dengan bijak!

Jangan kerana marahkan nyamuk, kelambu pulak yang anda bakar!

Thursday, June 19, 2008

Main Kutu Vs Money Game

Dari tajuk topik yang diberikan, mungkin ada beberapa kekeliruan dari segi pemahaman kerana isu ini melibatkan istilah 'teknikal' yang bukan semua orang faham dengan jelas seperti money-game dan sebagainya. Untuk mengelakkan salah-faham dan kekeliruan, izinkan saya beri penjelasan to clarify things.

First of all, saya bukan membantah atau melarang anda bermain kutu. Yang saya bantah adalah apabila permainan kutu ini cuba ditukar format, menjadi satu money-game yang berangkai- rangkai. Pada setengah orang, kedua-duanya nampak sama saja, tetapi sebenarnya tidak!

Format asal main Kutu adalah menyimpan duit secara berpakat atau berjemaah. Biasanya dilakukan dalam kumpulan kecil antara 6 - 12 orang agar pengumpulan dana dapat dibuat dalam keadaan terkawal, tanpa sebarang penipuan. Seorang ahli daripada kumpulan tersebut akan dilantik sebagai Pemegang Amanah yang akan mengumpulkan kesemua duit caruman dari setiap peserta dan menyerahkan wang terkumpul kepada peserta yang sudah ditentukan, mengikut sistem giliran yang adil.

Sebagai contoh, dari bulan Januari hingga Disember, ada 12 lot disediakan. Kesemua 12 peserta akan ditentukan giliran mereka (bulan mana mereka terima duit), samada secara undian atau booking. Inilah format main kutu yang asal, di mana ia biasa dilakukan di kalangan orang kampung, peniaga kecil & sederhana, pekerja pejabat, murid sekolah dan sebagainya. Format ini hanyalah berskala kecil dan biasanya melibatkan orang yang boleh dipercayai antara satu sama lain.

Walaupun wujud akta Kutu 1971 yang melarang sistem main-kutu, format main kutu seperti di atas, masih wujud hingga sekarang kerana risiko bahayanya agak kecil terutamanya jika dibuat dalam jumlah caruman yang kecil dan bilangan peserta yang sedikit.

Kalau anda berminat nak main kutu format asal ini, saya bukan nak melarang. Kalau anda buat, anda buat at your own risk, tanggung sendiri apa apa kerugian. Cuma dari segi financial planning, main kutu format asal ini, hanyalah satu "usaha" untuk menyimpan duit secara berpakat, tanpa ada apa-apa pertumbuhan modal atau pulangan dividen.

Sebagai contoh, setiap peserta dari 12 orang akan mencarum RM100 seorang selama 12 bulan. Setiap bulan, ada 1 peserta yang akan merasa duit selonggok RM1,200 yang dia boleh gunakan sesuka-hatinya, hasil wang terkumpul 12 peserta. Memang cara ini dapat membantu peserta ketika "terdesak" spt nak renew insurans kereta, nak pakai duit untuk modal pusingan perniagaan dan sebagainya. Tapi, macam saya kata tadi, duit anda sebenarnya tak bertambah (doesnt grow) dan hanya mampu menyelesaikan masalah jangka-pendek sahaja.

Dalam jangka panjang, ia tak memberi apa apa faedah kepada perancangan kewangan seseorang. Kalau nak duit anda grow (dapat pulangan) dalam jangka panjang, laburlah duit anda ke dalam produk kewangan yang sudah diluluskan oleh kerajaan seperti ASB, Unit Trust, Investment-Linked (pelaburan di sykt insurans), Tabung Haji dan sebagainya.

Money-Game / Skim Cepat Kaya Skim Cepat kaya / Ponzi Scheme / Skim Pat Man Telo / Skim Piramid / SwissCash Mutual dan sebagainya, ini semua adalah antara gelaran yang pernah diberikan ke atas permainan duit yang ada unsur-unsur penipuan dan manipulasi. Niat utama permainan duit ini adalah untuk menjana pulangan yang sangat tinggi, hasil caruman & kemasukan peserta baru, bukan hasil pertukaran barang. Dalam erti kata lain, duit itu grow bukan kerana ia dilaburkan mengikut prosedur yang betul, sebaliknya grow kerana peserta yang masuk awal, dapat duit caruman sekumpulan peserta baru. Manakala sekumpulan peserta baru itu tadi pula, kena cari sekumpulan peserta lain, untuk mereka juga turut merasa pulangan berlipat ganda.

Antara format money-game yang paling kerap dianjurkan adalah "Anda beri duit kepada 5 peserta kami, kemudian anda pulak suruh 5 peserta lain, beri duit kepada anda, dan suruh mereka ulang proses ini sampai minima 5 - 7 level". Cara yang paling kerap digunakan sekarang adalah penggunaan akaun bank & internet di mana nombor akaun bank 5 peserta tadi akan dipamerkan untuk memudahkan anda mendepositkan wang ke dalam akaun mereka. Internet dan website percuma, disalah-guna untuk dijadikan promotion card untuk disebarkan kepada setiap peserta.

Bagi penganjur money-game yang ingin mengelak dari dikesan secara elektronik, mereka gunakan print out kupon dan deposit wang dilakukan menggunakan wang pos, bank draf atau cek ke alamat peserta-peserta yang terlibat (tak guna akaun bank kerana ia ada meninggalkan paper trail).

Contoh kasar
1 orang cari 5 peserta = 5 peserta
5 peserta cari 5 peserta setiap seorang = 25 peserta.
25 peserta cari 5 peserta setiap seorang = 125 peserta
125 peserta cari 5 peserta setiap seorang = 625 peserta.
625 peserta cari 5 peserta setiap seorang = 3125 peserta.
3125 peserta cari 5 peserta setiap seorang = 15,625 peserta.

Kalau 15,625 bayar peserta paling awal RM10 seorang, peserta awal dah dapat RM 156,250 dalam sekelip mata. Bukan sahaja, tidak ada produk diguna-pakai sebagai pertukaran hak-milik, ia secara terang-terangan bertujuan untuk bermain duit (with a promise kononnya anda boleh jadi kaya-raya). Malahan penganjur money-game sebegini memang tidak ada lesen yang sah untuk mengutip deposit mahupun lesen perniagaan yang sah untuk menganjur skim berbilang tingkat (multi-level) .

Yang menjadi TREND TERKINI, penganjur skim cepat kaya ini sentiasa kreatif dan cuba sedaya-upaya untuk menggambarkan money-game ini sebagai satu skim yang tak menyalahi undang-undang, halal dan sebagai satu peluang keemasan yang tak patut dilepaskan begitu saja. Nak kasi nampak tak salah dari segi undang-undang, mereka cakap ini sistem "kutu zaman moden", pelaburan mutual fund global, gold & oil investment, off-shore investment, affiliates / re-seller programmes dan sebagainya. Mereka meletak istilah asal yang suci (seperti main kutu dan mutual fund) ke atas program money-game mereka supaya nampak legal, sedangkan ia adalah program yang tak pernah mendapat kelulusan BNM atau SC.

Nak kasi nampak halal dari segi syarak pula, mereka cakap ini program bantu-membantu, skim "derma / sedekah", program bantuan muslimin, dana rakyat, dana usahawan dan sebagainya. Asal duit itu diserahkan atas aqad tabaru' / derma ikhlas, ia halal pada mereka. Mereka selalu beriya-iya cuba menyakinkan pembaca yang program mereka ini benar-benar halal dalam perenggan pertama promosi mereka, sedangkan ia adalah program kewangan yang tak pernah mendapat kelulusan BHGN HALAL, JAKIM. Mereka yang pandai-pandai keluar hukum sendiri, semata-mata nak menghalalkan program money-game mereka.

Malahan trend yang paling terkini, nak nampak legal dari dituduh skim cepat kaya, mereka akan campak 1 dummy produk seperti e-book (buku elektronik yang merupakan karangan artikel dalam bentuk format PDF dan diedarkan kepada peserta skim cepat kaya) dan menukar nama program kepada "program Affiliates / Re-Seller program".

Setengah tu kumpulkan 50 pelbagai e-book orang lain dan dijadikan produk utama program money-game mereka. Mereka mendakwa, kononnya "asal ada produk, walaupun sekadar "1 lousy e-book" program mereka adalah legal. Contoh contoh program sebegini adalah perigiduit.com, wanglebih.com dan bermacam macam lagi program jana duit cara mudah. Of course, peserta yang menyertai program money-game sebegini akan rasa marah, mengapa saya menuduh program mereka ini sebagai "program money-game".

Sebab-sebabnya adalah :-

1) Kebanyakan produk yang diguna-pakai dalam traksasi jual-beli mereka adalah e-book yang tak berfaedah atau e-book yang bukan hak-milik asal mereka. Dalam erti kata lain, mereka bukanlah benar benar berusaha untuk menjual e-book ciptaan sendiri yang berkualiti tinggi, sebaliknya sekadar "cilok" (plagiat) karya orang lain, buat untung atas angin tanpa usaha dan jual berangkai- rangkai menerusi satu sistem yang mereka panggil re-seller rights (hak penjualan semula).

2) Kesemua penganjur program sebegini TIDAK MEMILIKI LESEN PERNIAGAAN YANG SAH ke atas online business yang mereka war-warkan. Mereka lebih gemar wujud di alam cyber, tanpa sebarang maklumat lanjut mengenai diri mereka, dipamerkan bagi tujuan pemeriksaan. Nama syarikat penganjur, alamat sykt perniagaan, nombor telefon perniagaan, nombor lesen perniagaan dan peta lokasi syarikat tidak pernah dipamerkan dengan telus. Malahan mereka juga tidak diberi lesen untuk mengumpul deposit dari orang ramai (anti-money laundering act 2001) samada dari BNM atau SC.

3) Kesemua pengajur program sebegini TIDAK MEMILIKI LESEN JUALAN LANGSUNG (AJL) dari KPDN & HEP untuk menganjurkan program berangkai atau berbilang tingkat (melibatkan kemasukan ramai peserta / pengedar / distributor) di luar premis perniagaan mereka. Bila 3 perkara di atas wujud, memang ternyata program tersebut adalah program money-game atau skim cepat kaya. Tak payah lah berbelit-belit lidah, cuma mengeliru atau mempengaruhi orang ramai, kononnya program buat duit anda adalah sah di sisi undang undang atau halal di sisi hukum syarak.

Diharap maklumat ini dapat membantu anda semua dari TERJEBAK KE DALAM SKIM CEPAT KAYA hingga membawa padah kepada diri sendiri dan kewangan keluarga. Saya faham anda rasa terdesak kerana kos sara hidup dah naik melonjak-lonjak, tetapi adakah cara yang salah ini menjadi pilihan anda? Banyak peluang cari duit yang legal & halal wujud di luar sana tu. JANGAN MALAS NAK BERUSAHA kerana Allah benci hambanya yang malas nak berusaha demi hidupnya sendiri.

Saya cuma kasihankan anda, lebih - lebih lagi anak dan isteri anda yang tidak bersalah. Anda beri mereka makan wang dari sumber yang haram lalu lahirlah generasi (Melayu) yang kini begitu gah dengan 'kejayaan' merempit, malas belajar, samseng dengan guru dsbnya lagi.Itu tak masuk lagi yang memenuhi pusat2 serenti, penjara atau sekolah budak2 jahat.

Yang paling bodoh saya rasa, tindakan anda "melebur" RM50 dan pamerkan nombor akaun bank anda di internet untuk mengumpul deposit dari orang ramai, hanya akan memerangkap diri anda sendiri hingga diseret ke mahkamah dan dipenjara. Keluarga anda bukan saja akan mendapat malu, malahan mereka terpaksa hidup merana kerana sifat tamak & gelojoh yang anda miliki, nak cari duit mudah tanpa usaha dengan cara yang betul. Pilihan di tangan anda. Buatlah keputusan dengan betul.



"PERLINDUNGAN BENCANA KEWANGAN"

Ahmad Nazri Zakariya (012 – 554 2058 \ z_ashraff@yahoo.com)
http://perlindunganbencanakewangan.blogspot.com/
Consultant MAA Takaful Investment Link
Tekad Smart Planning Sdn. Bhd. (538317-K)
A corporate agency with MAA Assurance Berhad & MAA Takaful Berhad