Wednesday, April 2, 2008

Medical Card 2 : apa sebenarnya Hospitalisation Insurans

Insurans untuk hospitalisation sebenarnya terbahagi kepada 4 jenis coverage utama iaitu

1 - Hospital benefit (HB)
2 - Hospital & Surgical benefit (H&S)
3 - Complete Hospitalisation Benefit, without medical kad
4 - Complete Hospitalisation Benefit, with medical kad & emergency service

1 - Hospital Benefit (HB)
Ini adalah faedah elaun harian bila anda diwadkan di hospital akibat sakit atau kemalangan. Contoh RM50 sehari atau RM100 sehari. Faedah ini dibayar mengikut bilangan hari anda diwadkan di hospital. Sesetengah polisi, letak syarat, kalau diwadkan lebih 3 malam berturut-turut, baru boleh claim dan sesetengah polisi pula meletakkan skop faedah terhad kepada punca kemalangan sahaja (terutamanya polisi kemalangan diri / personal accident).

Faedah Rider ini anda tuntut tak kira bilangan polisi kerana ia adalah elaun harian bila diwadkan di hospital. Jadi, kalau ada 2-3 polisi yang beri faedah elaun harian hospital ini, semua anda boleh tuntut.

2 - Hospital & Surgical benefit (H&S)
Ini adalah faedah gambungan Hospital Benefit (elaun harian) dan surgical claim (tuntutan pembedahan). Maknanya, kalau ada faedah ini, anda akan dapat tuntut elaun harian bila diwadkan di hospital dan tuntutan pembedahan kalau anda menanggung kos pembedahan.
Untuk kos pembedahan, biasanya ada limit, contoh 30x ganda dari elaun hospital. Kalau elaun hospital adalah RM 100 sehari. Limit 30x ganda, bermakna anda boleh claim surgical expenses sehingga RM 3,000 sahaja.

Kos pembedahan ini, hanya boleh dituntut mengikut bil hospital original yang anda bayar. Kalau majikan atau insurans lain dah tanggung, anda tak boleh tuntut lebih untuk buat untung. Kos perubatan lain kalau tiada pembedahan, tidak ditanggung.

3 - Complete Hospitalisation Benefit, without medical kad
Ini adalah faedah perubatan hospital yang agak menyeluruh (di mana kos perubatan, kos pembedahan dan kos bilik wad + makan minum ditanggung) tetapi claim dilakukan secara "bayar dulu, tuntut kemudian". Ia tidak beri anda elaun bila diwadkan di hospital swasta, tetapi kos perubatan di hospital tersebut boleh dituntut, mengikut jadual plan yang anda pilih. Kalau masuk hospital kerajaan, baru dapat elaun harian hospital mengikut bilangan hari anda diwadkan.

Maknanya, walaupun dari segi hospitalisation anda covered, tapi anda still kena advancedkan dulu duit anda sebagai deposit dan full payment, dan setelah discharge dari hospital, bawa original bil dan medical report untuk buat tuntutan. Claim pula boleh memakan masa berbulan bulan.

4 - Complete Hospitalisation Benefit, with medical kad & emergency service
Ini adalah faedah hospitalisation yang menyeluruh, sama macam faedah No:3 di atas, tetapi bezanya ia disertakan sekali dengan medical kad dan khidmat kecemasan 24jam sehari, 365hari setahun. Dalam erti kata lain, bila berlaku kecemasan dan memerlukan rawatan hospital, samada akibat sakit yang baru dihidapi atau kemalangan yang baru menimpa, insurans akan :-
a) Bayar deposit kemasukan hospital
b) Beri surat jaminan bayaran / guarantee letter
c) Bayar bil akhir terus menerus ke hospital panel
d) Sediakan khidmat kecemasan 24jam sehari, 365hari setahun.
e) Berikan penyata pelepasan cukai pendapatan sehingga maksima RM3,000 setahun

Kalau anda mahukan perlindungan hospitalisation yang menyeluruh dan khidmat yang cekap, inilah faedah hospitalisation terbaik yang anda boleh perolehi dari sykt insurans sekarang ini.


CAJ INSURANS HANGUS?

Yes, saya pasti ramai yang tak suka dengar perkataan ini, "kalau takde tuntutan, bayar hangus?".

Kalau anda faham konsep insurans yang sebenar-benarnya, insurans adalah satu PAKATAN dalam satu kumpulan peserta yang besar, di mana kos kerugian yang berlaku dalam kehidupan seseorang, akan dikongsi-bersama dengan peserta-peserta lain dalam kumpulan yang besar. Kerana perkongsian masalah ini-lah, membolehkan setiap peserta mencarum sebahagian kecil sahaja dari kos rawatan sebenar.

Insurans bukan satu paksaan. Siapa nak masuk, boleh daftar dan dapat jaminan tanggungan perubatan. Siapa yang rasa dirinya kebal dan tak nak masuk kerana rasa dia tak akan sakit sampai ke tua, dia tak perlu ambil insurans. Its as simple as that (no offence!).

Cuma kalau anda buat keputusan untuk sertai insurans hospital ini, anda perlulah ikut syarat kumpulan peserta tersebut, iaitu setiap peserta yang join insurans ini, perlu mencarum sebahagian kecil untuk kegunaan tabung kecemasan kumpulan. Mana-mana peserta dalam kumpulan ini masuk hospital, maka penganjur akan uruskan deposit, guarantee letter dan bayaran bil akhir terus ke hospital panel tersebut.

Jadi, kalau anda faham konsep insurans, bayaran hangus ini sepatutnya tak timbul kerana anda sepatutnya bersyukur, anda sentiasa sihat dan dalam jagaan Allah kerana tidak sakit atau kemalangan dan walaupun anda tak buat tuntutan, duit caruman anda itu akan/telah digunakan untuk menanggung kos perubatan sesama ahli kumpulan yang anda sertai itu.

Sebagai consumer, jangan tertipu dengan helah marketing sesetengah ejen insurans yang menyatakan medical kad mereka jenis "simpanan", tak hangus macam syarikat insurans lain. In reality, apa jua coverage insurans, terutamanya caj insuran perubatan tetap hangus walau selama mana anda bayar. Dengan duit kutipan caj insurans inilah, tuntutan perubatan dapat dibayar dalam jumlah berlipat ganda. Walaupun pelan insurans itu dinamakan jenis simpanan atau pelaburan, caj insurans perubatan tetap hangus. Tak percaya, cuba selidik illustrasi pelan tersebut. Memang confirmed hangus jugak! So, terima sajalah hakikat ini.

GUARANTEED RENEWAL ATAU YEARLY RENEWAL?

Sesetengah medical kad berbentuk yearly renewal, manakala sesetengah medical kad lain berbentuk guaranteed renewal.

Ramai orang keliru dengan istilah ini. Ada yang menyangka, kalau medical kad itu perlu dibayar dari tahun ke tahun, itu yearly renewal. Sebenarnya, semua insurans memang kena bayar dari tahun ke tahun, termasuk jenis guaranteed renewal. Tak kira pelan jenis saving ke, jenis bayar hangus ke, memang kena bayar secara berterusan. Kalau tidak, coverage akan ditamatkan.

Yearly renewal bermaksud pembaharuan insurans perubatan anda tidak dijamin dan bergantung kepada tahap kesihatan dari tahun ke tahun atau bergantung kepada ketahanan syarikat insurans itu sendiri. Kalau anda pernah buat tuntutan yang banyak dalam tahun itu, atau menhidap penyakit merbahaya yang memerlukan rawatan berlanjutan, medical kad anda mungkin tidak boleh renew untuk tahun seterusnya. Syarat tambahan (pengecualian penyakit yang pernah dituntut) atau caj tambahan (loading), mungkin akan dikenakan ketika renewal tahun hadapan. Syarikat insurans tersebut berhak ubah syarat kontrak polisi dari tahun ke tahun, dan anda akan menerima polisi baru setiap tahun. Syarikat insurans itu juga berhak menamatkan produk medical kad tersebut pada bila bila masa, jika mereka mengalami kerugian besar dan tak sanggup meneruskan produk itu lagi.

Guaranteed renewal bermaksud pembaharuan medical kad anda terjamin dari tahun ke tahun. Syarat syarat jaminan dan tuntutan semuanya sudah dijelas dari awal kontrak dan tidak akan diubah walaupun anda pernah buat tuntutan. Penyakit yang sama boleh dituntut berulang kali sehingga habis had tahunan atau had seumur hidup. Syarikat insurans tidak boleh mengenakan loading atau pengecualian atau megubah syarat jaminan sesuka hati mereka.

TIPS - Kalau anda ingin membeli medical kad, PASTIKAN IA ADA BENEFIT GUARANTEED RENEWAL. Kadang-kala, penerangan ejen insurans macam ada guaranteed renewal, tetapi sebenarnya produk tersebut tidak ada guaranteed renewal. Kalau polisi atau risalah tidak ada tulis guaranteed renewal, ia adalah jenis yearly renewal. Jadi, berhati-hatilah sedikit kerana anda mungkin akan teraniaya jika medical kad anda dihentikan tanpa kerelaan anda.

PELAN KOMBINASI 1 PELAN ATAU PELAN BERASINGAN?

Dalam pasaran, memang ada beberapa syarikat insurans hayat, insurans am dan takaful yang jual medical kad. Ada yang offer medical kad digabung dengan insurans hayat atau insurans pelaburan dan ada yang offer medical kad berasingan dari insurans lain (stand-alone).

Yalah, ada ejen cakap, ambil medical kad yang digabung dengan insurans pelaburan, bagus, semua faedah dalam 1 pelan. Tak payah pening pening. Kononnya bila digabungkan dengan insurans pelaburan, medical kad itu akan jadi jenis "simpanan".

Tapi, cuba anda fikirkan sendiri, kalau medical kad anda diberikan dalam 1 pelan insurans hayat / pelaburan, ini bermakna medical kad anda hanyalah satu faedah tambahan (rider) sahaja. Kalau anda buat basic full claim atau tamatkan insurans hayat tersebut, kesemua faedah di dalamnya akan ditamatkan, termasuklah medical kad anda.

Sebagai contoh, anda membeli medical kad digabung dengan insurans pelaburan. Bila anda jatuh sakit dan hilang keupayaan keseluruhan untuk bekerja, anda akan claim penuh ke atas insurans pelaburan anda. Bila dah claim penuh basic plan, insurans akan ditamatkan. Anda kehilangan medical kad anda sekali dan segala rawatan lanjutan selepas itu kenalah tanggung sendiri. Nak mohon medical kad baru? Dah sakit, dah lumpuh, bolehkah anda mohon medical kad semula? Sorrylah bang, takde company nak terima dah lepas tu.

Begitu juga dengan insurans hayat atau insurans pendidikan anak anda. Kalau anda bayar insurans RM300 sebulan, adakah anda nak bayar insurans hayat sebanyak itu sehingga umur 80 tahun? Kalau anda bayar RM250 sebulan untuk pendidikan anak anda, adakah anda masih nak bayar sebanyak itu walaupun dia sudah masuk universiti?

Bila tiba masanya, baik anak berumur 18 tahun atau bersara umur 55 tahun, kebanyakan orang ingin berhenti mencarum insurans, lebih lebih lagi pada kadar yang tinggi. Kalau medical kad anda digabung bersama, semua ini akan ditamatkan bersama. Anda dah takde medical kad untuk dibawa ke hari tua anda. Cover sampai 75 tahun katanya, tapi bila dah bersara, anda tak mampu lagi dah nak bayar rm300 sebulan sampai ke tua.

Bila bersara, anda memerlukan setiap wang yang ada, termasuklah insurans pelaburan yang sudah matang mencecah persaraan anda. Takkan nak biarkan duit persaraan anda hangus begitu sahaja, terbiar di syarikat insurans? Bukankah lebih baik, maintain medical kad secara berasingan saja?

TIPS - Kalau nak beli medical kad, dapatkan medical kad secara berasingan dengan pelan insurans lain. Beli insurans berasingan untuk setiap faedah, adalah lebih baik dari pening kepala, coverage dah takde bila 1 polisi ditamatkan kesemuanya!

MAJIKAN DAH COVER SEMUA!

Betul ke majikan anda dah cover semua? Betul ke majikan anda beri layanan istimewa kalau anda masuk hospital? Adakah anda merancang untuk bekerja dengan majikan hingga ke tua?

Tak kira majikan anda adalah kerajaan atau syarikat swasta, tolong semak betul betul tentang faedah perubatan hospital anda. Sebab kalau anda sekadar pekerja biasa (bukan top management), besar kemungkinan faedah hospital anda, ada hadnya, bukan semuanya dicover sampai boleh pejam mata. Kadangkala bila disemak, had anda sekadar rm5,000 atau rm10,000 sahaja. Kalau taraf eksekutif, mungkin coverage anda boleh mencecah RM20,000 - RM 30,000 sahaja. Maklumlah staff staff lain pun nak kena cover juga.

Coverage perubatan hospital yang seseorang itu perlu ada sekarang adalah MINIMA RM100,000 KE ATAS, bukan rm5000, bukan rm10,000. Sebab itulah kos minima untuk rawatan penyakit kritikal seperti kanser, kerosakan buah pinggang, pembedahan jantung, bengkak hati yang rosak dan sebagainya. Jangan ingat anda muda atau berpendapatan sederhana, tak akan dapat penyakit "orang kaya". Penyakit kritikal seperti kanser, menyerang tak kira usia atau status kedudukan.Celebrity popular bila mohon bantuan pun, perlukan lebih RM90,000 untuk rawatan kansernya. Kos hospital sangat mahal sekarang! percayalah cakap saya.

HOSPITAL KERAJAAN KAN ADA!

Ya, memanglah hospital kerajaan ada, tapi persoalannya adakah anda MEMPUNYAI KEUTAMAAN UNTUK MENDAPAT RAWATAN DI HOSPITAL KERAJAAN?

Sekarang ni, semua orang berpusu pusu ke hospital kerajaan untuk mendapatkan rawatan perubatan yang murah. Pendatang asing pun berpusu ke sana. Bukan nak kata hospital kerajaan tak bagus, tapi kalau anda tidak ada keutamaan, tunggulah 3-4 jam untuk dapatkan rawatan biasa. Kalau rawatan penyakit kritikal seperti kanser, anda mungkin terpaksa tunggu giliran 2-3 bulan untuk dapat temujanji anda.

Kerana semuanya murah di sana termasuk gaji staff hospital, maka servicenya kadangkala kurang memuaskan. Yang lebih menyedihkan lagi, kadang-kala berlaku kecuaian hingga meragut nyawa orang tersayang. Nak service murah, inilah risikonya.

Pernahkah anda terfikir, mengapa semakin ramai orang mohon bantuan kewangan dalam akhbar dan majalah? Hospital kerajaan berlambak apa, mengapa mereka tak pergi sana saja?

Sebenarnya itulah yang berlaku sekarang. Bila anda takde keutamaan, tunggulah giliran rawatan berbulan-bulan. Mereka yang iklankan diri mereka, kerana mereka perlu rawatan segera dan rawatan segera hanya boleh diperolehi di hospital swasta, dengan syarat ada duit bayarannya! Sebab itulah mereka keluar dalam paper, sebab perlukan wang segera untuk rawatan segera. Kanser yang kritikal (stage 3c) sebesar 7cm, boleh membesar kepada 14cm dalam masa 10 hari saja (growth by 100% dalam 10 hari) - Ini kisah benar pelanggan saya, seorang guru kakitangan kerajaan. Anda boleh tunggu giliran 2-3 bulan untuk dapat rawatan kanser?

NASIHAT SAYA

Faedah hospital yang menyeluruh (with medical kad) sudah menjadi satu keperluan sekarang. Kalau majikan anda ada beri faedah perubatan, semak betul betul, berapa hadnya dan bagaimana cara tuntutannya. Kalau anda ada polisi insurans, semak betul betul, jenis faedah hospital yang bagaimana yang anda ada?

Kadang-kadang, bila disemak, majikan cuma cover rm5,000 saja. Bila semak polisi insurans, ada beri elaun harian hospital rm80 sehari sahaja. Sekali buat pembedahan kanser (tak masuk chemotherapy) kosnya mencecah RM 16,500. Majikan cover rm5,000 saja. Insurans pulak, dapat claim 5 hari x rm80 = RM 400 saja. Baki RM10,100 mana nak cari? Bila dah emergency baru nak kelam kabut check itu ini. Dah lah badan sakit menanggung derita, hati pun sakit bila dapat tahu itu ini tak cover. Malahan terpaksa berhutang pula! Aduhhhhh!!

Kalau anda mahukan faedah hospital yang menyeluruh, dapatkan medical kad yang ada emergency service. Pastikan medical kad anda :-

1) Beri coverage yang menyeluruh, dari deposit kemasukan, guarantee letter dan bayaran bil akhir terus menerus ke hospital

2) Ditanggung oleh syarikat insurans yang strong, kukuh dari segi kewangan supaya dia mampu bayar tuntutan anda

3) Ada benefit GUARANTEED RENEWAL

4) Seeloknya medical kad dibeli berasingan dari life policy

5) Service kecemasan yang cekap 24jam sehari, 365hari setahun

6) Rekod tuntutan yang cemerlang dan cekap.

7) Memberi maklumat yang lengkap dan telus agar tidak ada syarat tersembunyi seperti co-insurance, pengecualian tuntutan, penyakit sedia-ada dan sebagainya.

8) Diuruskan oleh konsultan yang berpengalaman dan professional (sebagai rujukan bila ada perkara berbangkit atau emergency di luar waktu kerja).

9) Pilih pelan faedah yang tertinggi yang anda mampu bayar berterusan. Jangan sekadar pilih paling minima sahaja.


NASIHAT PALING PENTING - BELI MEDICAL KAD SEKARANG SEMENTARA ANDA MASIH SIHAT. Sebab kalau anda sudah ada penyakit tertentu, bukan sahaja anda perlu berikan laporan perubatan lama, malahan penyakit tersebut mungkin dikecualikan dari coverage atau permohonan anda ditolak sama sekali (kalau penyakit agak serius).

Medical kad HANYA BOLEH DIBELI DENGAN KESIHATAN. KALAU KESIHATAN DAH TAK MENGIZINKAN, ADA DUIT RM100,000 PUN TAK LAKU NAK BELI MEDICAL KAD LAGI.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan medical kad seperti jadual faedah, syarat tuntutan, jumlah caruman dan lain lain maklumat, anda boleh hubungi saya. Jangan segan untuk bertanya, tak dikenakan bayaran pun ….

"PERLINDUNGAN BENCANA KEWANGAN"

Ahmad Nazri Zakariya (012 – 554 2058 \ z_ashraff@yahoo.com)
Consultant MAA Takaful Investment Link
Tekad Smart Planning Sdn. Bhd. (538317-K)
A corporate agency with MAA Assurance Berhad & MAA Takaful Berhad

No comments: