Wednesday, April 2, 2008

Artikel 2 : Memilih Penasihat Insurans vs Produk Insurans ?

MEMILIH PENASIHAT INSURANS YANG SESUAI

Izinkan saya mulakan artikel ini dengan persepsi masyarakat terhadap ‘saya’ ; seorang penasihat insurans (consultant insurans) yang ikhlas ingin membantu masyarakat.

Dahulu kala ketika orang Melayu mengusung keris atau parang ke mana – mana (sepertimana manusia ‘mengusung’ handphone pada hari ini…. hehe), mereka cukup takut kalau terjumpa hantu dan jembalang. Ironinya di zaman sekarang masyarakat cukup takut dengan penasihat insurans seperti saya.

Anda barangkali ketawa atau tidak mempercayai kenyataan saya bahawa mereka akan lari atau menyembunyikan diri apabila melihat kelibat saya menghampiri mereka ! Tetapi saudara - saudara, itulah senario yang berlaku di dalam kerjaya saya hari ini. Jika saya pegawai LHDN, ya ada logiknya mereka bertempiaran lari tapi saya consultant yang membantu anda dari ditimpa malang…

Saya kira semua ini gara – gara jurujual @ agen insurans yang tidak beretika dan tidak amanah dalam menjalankan tanggungjawab suatu masa dulu sehingga menimbulkan reaksi negetif ini kepada masyarakat. Ini menjadikan saya dan rakan – rakan seperjuangan lain yang serius untuk membantu anda (orang Melayu) menaikkan taraf kami dari jurujual insurans kepada penasihat insurans.

Stategi kami sebagai consultant berbeza, pendekatan kami berlainan, cara kami bekerja lebih teliti. Demi membezakan kami dengan jurujual insurans, demi membantu 85 % orang Melayu yang masih tiada perlindungan insurans peribadi tanpa prejudis terhadap 15 % lagi yang telah pun memiliki insurans tapi ‘apa pun tak tau...’ kami mengikuti kursus demi kursus berkenaan DUNIA KEWANGAN dan segalanya dinilai oleh peperiksaan kelolaan Bank Negara.

Penasihat Insurans – Kawan Sehidup Semati

Saya tanya anda “berapa ramaikah kawan yang anda miliki sekarang ?”

100 orang ? Jika dihitung dari zaman sekolah hinggalah ke alam pekerjaan, mungkin anda sudah memiliki kawan seramai itu. Dari jumlah 100 ini, berapa ramaikah yang merupakan ’kawan baik’ anda? Mungkin anda rasa dalam 10 orang, di mana anda menganggap mereka ini terdiri dari kawan-kawan yang anda masih rapat sehingga sekarang. Dari 10 orang ini pula, berapa ramai pula ’kawan sehidup semati’ anda ?

Anda tahu apa itu ’kawan sehidup semati’ ; kawan yang semasa anda masih hidup akan membantu kehidupan anda sekeluarga dan masih akan membantu ahli keluarga anda selepas anda meninggal dunia….

Cuba anda namakan 2 orang ’kawan sehidup semati’ yang anda yakin akan dapat
membantu keluarga anda, baik semasa anda masih hidup mahupun anda sudah meninggal dunia ………

Jika anda tidak ada kawan seperti yang saya nyatakan di atas, carilah penasihat
insurans yang professional. Merekalah ’kawan sehidup semati’ yang mesti anda
miliki, bagi menempuh saat - saat sukar di dalam kehidupan anda.

Di saat anda memerlukan bantuan kewangan kerana tidak lagi berupaya untuk
bekerja mencari rezeki, penasihat insuranslah yang akan menjadi harapan anda
dalam memastikan kehidupan keluarga dapat diteruskan seperti biasa.

Terutama bila kami menyerahkan cek kepada balunya, memberitahu yang arwah ada meninggalkan harta untuk perbelanjaan keluarga dan anak kecilnya yang cukup untuk 10 tahun akan datang... Bayangkan anak - anak kecil yang tidak tahu apa - apa datang mencium tangan kami dan mengucapkan terima kasih kerana kehadiran kami. Walau betapa macho pun kami ketika itu, air mata tidak dapat ditahan lagi dari mengalir apabila menempuh saat - saat begini... Itulah antara yang membezakan kami dengan agen insurans…

Buat Perbandingan Dengan Cara Yang Betul

Ramai orang telah memiliki kesedaran untuk memiliki insurans dewasa ini . Lalu mereka pun mula mencari – cari dan membanding - bandingkan pelbagai produk insurans yang terdapat di pasaran (saya juga begitu pada mulanya... ).

Kesimpulan dari pengalaman saya, semua syarikat insurans menawarkan produk yang ‘hampir sama ciri - ciri dan faedahnya’ hingga memeningkan kepala untuk memilih yang manakah yang terbaik untuk diri saya (dari persepsi saya sebagai orang biasa pada waktu itu)

Dengan itu saya ingin menggesa anda di luar sana agar tidak membuang masa membanding-bandingkan produk insurans di pasaran sebaliknya apa yang sepatutnya anda bandingkan @ cari ialah penasihat @ agen yang ada di dalam industri insurans itu ! (satu anjakan paradigma bukan ….?)

Ini kerana dengan wujudnya pelbagai jenis produk di pasaran dan dengan latar belakang anda yang tidak tahu apa – apa mengenai insurans, perbandingan yang anda lakukan hanya membandingkan ‘kulit buku’ sahaja. Anda tidak tahu produk yang mana sesuai dengan keperluan anda, setakat mana perlindungan yang sepatutnya anda miliki, apa ciri – ciri penting yang bakal memerangkap anda dan sebagainya lagi

Memilih penasihat insurans yang telah dilatih secara professional, yang serius dan dedikasi boleh membantu anda dalam membuat pilihan yang bersesuaian dengan keperluan, risiko dan keadaan kewangan anda.

Ciri-Ciri Penasihat Insurans Yang Terlatih

Kenali latar belakang penasihat insurans sebelum anda memulakan perbincangan. Ciri - ciri penasihat yang anda perlukan adalah : -

1) Penasihat yang dapat membuat perancangan yang memenuhi keperluan anda dan sesuai dengan keadaan kewangan anda
2) Penasihat yang dapat memberi penerangan dengan jelas agar anda dapat memahami faedah - faedah yang anda perolehi dari produk insurans yang dicadangkan
3) Penasihat yang dapat menyelesaikan sebarang perkara berbangkit mengenai polisi insurans anda dan dapat menguruskan tuntutan insurans dengan cekap

Dalam menilai seseorang penasihat insurans, satu cara paling mudah yang dapat anda lakukan adalah dengan menyemak perancangan insurans yang diamal oleh penasihat itu sendiri :– berapakah jumlah insurans hayat yang dia sendiri miliki untuk kebajikan keluarganya.

Terus terang, saya selalunya merasa tidak selesa jika menerima wang tunai dari anda untuk sebarang bayaran insurans. Jadi untuk mengelakkan risiko penipuan, anda dinasihatkan agar menggunakan kemudahan bukan tunai seperti cek (atas nama MAA Berhad atau MAA Takaful Berhad), arahan potongan bank terus ke akaun MAA atau kemudahan auto-debit kad kredit. Nah, bukankah itu lebih menyakinkan anda untuk berurusan dengan saya ??


"PERLINDUNGAN BENCANA KEWANGAN"

Ahmad Nazri Zakariya (012 – 554 2058 \ z_ashraff@yahoo.com)
Consultant MAA Takaful Investment Link
Tekad Smart Planning Sdn. Bhd. (538317-K)
A corporate agency with MAA Assurance Berhad & MAA Takaful Berhad

No comments: